Ahad, 25 Mei 2014

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Seremban</b> Selasa Ini | MYNEWSHUB

Posted: 02 May 2014 02:00 AM PDT

SEREMBAN – Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi, Selasa ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, kawasan industri ringan Templer, Lobak.

Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu, Taman Desa Rhu.

Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya.

Katanya bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai pukul 8 pagi hari berikutanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Lagi Diesel Bersusidi Dirampas <b>Di Seremban</b> | MYNEWSHUB

Posted: 14 May 2014 07:23 AM PDT

SEREMBAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan merampas 15,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM30,000 dalam serbuan di sebuah stor berhampiran Taman Angsamas, dekat sini hari ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Negeri Sembilan Saiful Abdul Kadir berkata dalam serbuan 3.30 petang itu pihaknya turut menyita dua tangki statik, sebuah lori tangki, sebuah lori kanvas satu tan dan enam pam minyak dengan nilai keseluruhan RM105,000.

"Ini kesalahan kedua dilakukan di tempat sama, iaitu tahun lepas kami telah mengambil tindakan ke atas premis ini. Mereka tidak serik mengulangi kegiatan ini kerana permintaan terhadap diesel bersubsidi tinggi," katanya dalam sidang media di lokasi serbuan di sini.

Katanya ketika serbuan terdapat tiga individu yang dipercayai pekerja di premis itu namun kesemua mereka melarikan diri ke dalam semak di kawasan berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Menurut Saiful, pihaknya percaya penjenayah terbabit mengambil diesel dari stesen minyak sekitar Seremban dan disimpan di stor itu sebelum diedar kepada pihak ketiga.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads