Khamis, 15 Mei 2014

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


<b>Nilai</b> Tambah Kualiti Kehidupan Rakyat <b>Di Negeri Sembilan</b> <b>...</b>

Posted: 05 May 2014 08:39 PM PDT

10176220_795096050501467_8981147083067506160_n

SEREMBAN, 06 Mei – Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan berkata, Kerajaan Negeri Sembilan akan sentiasa meneraju kepimpinan bagi meneruskan matlamat asas dalam memajukan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, antara usaha dan tanggungjawab sebagai satu pasukan di negeri ini adalah dengan memastikan masyarakat luar bandar tidak terus terpinggir kerana dasar yang diamalkan Kerajaan Negeri selama ini mahu penduduk di bandar mahupun luar bandar menerima pembangunan secara adil.

Dasar pelajaran akan menjadi keutamaan dalam usaha menambah baik taraf kehidupan masyarakat agar perhatian yang wajar sentiasa diberikan.

"Saya yakin diatas landasan yang kukuh ini, kita akan dapat meneruskan wawasan untuk membawa Negeri Sembilan ke satu era menjadi sebuah negeri yang disegani kawan dan lawan", katanya sewaktu sidang media di Majlis Makan Malam di kediaman rasmi beliau, semalam.

Menteri Besar menegaskan bahawa kualiti kesejahteraan rakyat amat ditekankan. Peluang pelaburan dalam aspek kemajuan ekonomi di negeri ini perlu melalui proses saringan meskipun jumlah pelaburannya amat besar agar tiada kemudaratan yang akan berlaku dan melibatkan rakyat.

Oleh: Khairul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads