Khamis, 15 Mei 2014

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Tiga cedera, kereta rempuh bas <b>di Kuala Pilah</b> - Kosmo

Posted: 11 May 2014 05:16 AM PDT

Tiga cedera, kereta rempuh bas di Kuala Pilah

Tiga cedera, kereta rempuh bas di Kuala Pilah

11/05/2014 7:28pm

KUALA PILAH - Tiga lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah bas henti-henti di KM19, Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supt. Azmi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian 3.30 petang itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Pilah hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah bas yang sedang berhenti untuk mengambil penumpang di kawasan itu.

Katanya akibat rempuhan itu, pemandu kereta, Chan Kai Yong, 27, tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederan parah di bahagian kaki, manakala seorang penumpang lelaki dan pemandu bas turut mengalami kecederaan di badan.

"Ketika kejadian terdapat 20 penumpang bas. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.

Dua jentera bomba bersama 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah serta Senawang terbabit dalam operasi itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads