ads

Rabu, 1 Januari 2014

05 di rasah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di rasah - Google Blog Search


UMNO <b>Rasah</b> pergiat kempen penerangan GST kepada masyarakat <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 06:08 PM PST

RASAH 30 Dis. – UMNO Bahagian Rasah akan mempergiatkan kempen penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

FAUZIAH Abu Zarim (berdiri, kanan) memberi penerangan dalam Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu dekat Rasah, Negeri Sembilan, kelmarin.

Ketuanya, Datuk Hasim Rusdi berkata, kempen penerangan itu bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan memperkenalkan cukai berkenaan yang dijadualkan bermula 1 April 2015.

Beliau yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri berkata, pemahaman itu sangat penting kerana dasar mengenai GST masih baharu di negara ini walaupun telah dilaksanakan di lebih 160 negara di dunia.

"Pada masa ini terdapat pihak yang cuba memesongkan fikiran masyarakat dengan membuat pelbagai dakwaan dan tohmahan mengenai GST dengan tujuan mendapatkan sokongan peribadi.

"Kita tidak boleh membiarkan perbuatan ini terus berlarutan begitu sahaja dan kerana itu UMNO Bahagian Rasah akan turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Taklimat GST dan Program Kembali ke Sekolah anjuran UMNO Bahagian Rasah di Labu semalam.

Taklimat GST itu disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Kastam II (Unit Tugas-Tugas Khas GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Fauziah Abu Zarim.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rasah, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah; Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Hassan Datuk Ayop dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Hapsah Hamid.

Hasim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labu memberitahu, UMNO Bahagian itu bercadang mengadakan taklimat kepada kumpulan masyarakat yang lebih kecil seperti peringkat Dewan Undangan Negeri dan cawangan parti.

"Kita akan mendapatkan kerjasama Jabatan Kastam bagi membolehkan para pegawai mereka yang pakar dalam hal-ehwal GST untuk memberikan penerangan tersebut.

"Selain memberi penerangan, orang ramai juga boleh bertanya atau mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan GST," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 200 keluarga menerima bantuan beg sekolah daripada UMNO Bahagian tersebut sempena musim persekolahan baharu yang akan bermula minggu depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved