ads

Rabu, 1 Januari 2014

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Bercuti <b>di</b> Rumah Peranginan Persekutuan <b>Port Dickson</b> atau Puteri <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2013 01:31 AM PST

Cuti sekolah yang paling indah sudah tentulah untuk anak-anak. Emak dan ayah hanya tumpang rezeki sahaja. Bagi yang mampu, boleh bawa anak-anak berjalan ke luar negara atau tempat-tempat peranginan yang mewah. Bagi yang kurang mampu bersederhana lebih dituntut. Tapi kalau tak bawa jalan jauh-jauh pun tidak mengapa, asalkan mereka gembira, itu yang lebih penting.

Cuti kali ini telah saya rancangkan beberapa bulan yang lepas. Apartment ini pun saya booking dengan harga yang sangat murah. Kalau harga sebenar di pasaran, saya difahamkan lebih kurang RM400 lebih. Untuk harga kakitangan kerajaan hanya RM115 sahaja. Tetapi tidak banyak yang dapat saya kongsikan tentang percutian itu, kerana pada hari kedua, salah seorang sepupu suami saya meninggal dan kami bergegas balik kampung awal-awal pagi untuk menziarah serta menyertai majlis pengkebumian.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 
(إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
 "Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali".

...............................................................................................................

Semasa membuat tempahan apartment hotel ini dulu, pengurusannya ialah dari Permaisuri Resort. Beberapa hari sebelum ke sana saya pun menghubungi pihak hotel untuk membuat pengesahan. Tapi tiada langsung jawapan telefon. Emel dan Faks pun tak berbalas. Hari Jumaat malam, lepas balik kerja, kami pun bertolak ke sana dan barulah saya tahu, pengurusannya telah di tukar kepada Puteri Beach Resort. Padanlah telefon tu tak berjawab. Tapi tak kisahlah, janji semuanya ok dan terurus. Walaupun keluar jam 6 petang, tapi kerana jalan jam (akibat sebuah kemalangan di Senawang), maka hanya dapat check-in pukul 11 malam.


Cara booking Rumah Peranginan Persekutuan 

Untuk booking apartment di sini taklah sesusah mana, pergi saja ke laman web ini. Download borang dan isi. Fax di nombor yang disebutkan (nombor BPH-03-88883032). Lepas fax lebih baik follow-up.Kalau ada kosong, pengurusan akan reply surat jawapan, biasanya melalui emel, tapi pengurusan baru tak taulah macamana cara replynya. Bila sudah dapat jawapan ada kekosongan, barulah kita pergi bayar dalam tempoh yang diberikan. Slip pembayaran itu harus difaks atau emel semula untuk pengesahan bahawa anda telah confirm booking.

Untuk bukan penjawat awam, anda boleh datang terus atau telefon pihak Resort. Tetapi buat masa ini, katanya telefon Resort itu masih belum berfungsi. Tak dapek den nak nolong.


Cara hendak ke rumah peranginan Persekutuan - Puteri resort

Dari Tol Plus, keluar ikut tol Port Dickson. Kalau tidak biasa, jangan keluar ikut tol Seremban, Senawang atau Pedas Linggi. Kalau sudah biasa dan tahu, lain cerita. Dari Plaza Tol PD, ambil simpang kanan dan teruskan perjalanan. Masa yang diambil untuk sampai ke PD adalah dalam lebih kurang 20-35 minit. Sampai bulatan, ambil simpang kiri, atau lebih mudah ikut saja sign board Politeknik Port Dickson. Di sepanjang perjalanan juga ada sign board rumah peranginan persekutuan. Anda akan melalui pantai Teluk Kemang yang popular dan selepas Politeknik Port Dickson, akan berjumpa dengan kem tentera. Resort itu dibelakang Kem Tentera sahaja. Kalau terlepas kem tentera, maknanya anda telah terlepas Resort itu. Salah satu land mark yang jelas ialah replika kereta kebal ATM.


Kemudahan-kemudahan di Rumah Peranginan Persekutuan

p/s: Ini adalah pengalaman untuk apartment yang saya dapat, tidak semestinya semua apartment sama, mungkin ada yang jauh lebih baik dari saya, atau mungkin ada yang dapat lebih teruk dari saya. Tapi overall rasanya semua lebih kurang sama.

Sama seperti hotel-hotel lain, ia mempunyai kemudahan-kemudahan asas. Komen saya, apartment ini memang besar. Terdapat tiga bilik. Bilik utama katil Queen, Bilik kedua, dua katil twin dan bilik ke tiga satu katil twin sahaja. Kalau anda datang dengan keluarga yang ramai, lebih baik minta tambah katil atau bawa toto sekali. Untuk keluarga saya, ianya sudah cukup besar. Setiap bilik mempunyai almari kabinet dan aircond yang berfungsi dengan baik. Tetapi ruang bilik air di luar tidak begitu bersih (mungkin hanya terkena pada apartment saya). Apabila sampai, pastikan semua bilik dan bilik air bersih dahulu. Supaya senang untuk kita panggil pekerjanya membersihkan. Sarapan hanya untuk pengunjung yang bayar sendiri, bukan melalui kemudahan penjawat awam seperti saya. 

Ruang tamu tidak mempunyai air cond, tetapi ada kipas. Terdapat sofa, coffe table dan set Televisyen. Tidak ada siaran Astro, mungkin kerana pertukaran management, mereka nampak agak kelam kabut. Set televisyen pun jenis yang besar gedabak, lama punya. Bahagian dapur pula mempunyai kabinet yang kosong dan sebuah mini peti ais yang kurang berfungsi. Penyewa tidak dibenarkan memasak, tetapi terpulang pada anda, saya tidak suruh dan tidak larang juga. Pandai-pandailah.

Sebenarnya bergantung kepada rezeki juga, ada yang dapat apartment berbalkoni, tetapi apartment saya tidak ada. Mungkin ada baiknya, anak-anak saya lasak, kalau ada balkoni saya kena lebih berhati-hati. Lantai adalah dari jenis jubin putih yang agak sejuk.

Tuala disediakan sebanyak 5 helai. Sabun dan shampu juga disediakan, tetapi hanya sekali, kalau ingin minta lebih, sila minta dari pihak resort. Satu lagi, tidak ada alas kaki dalam apartment ini. Saya cadangkan bawa alas kaki sendiri. Bawa juga tisu dapur yang serap air dengan baik.

Tempat parking adalah luas, anda tidak perlu takut tidak cukup parking.


Tempat dan Pengalaman menarik di sekitar Rumah Peranginan Persekutuan

Pantai tempat mandi tidak jauh dari apartment ini, hanya seberang pagar. Siapa yang nak mandi pantai, boleh mandi pantai, siapa yang nak mandi kolam, boleh mandi kolam. Kolamnya agak besar dan dalam juga, bagi dewasa. Bagi kanak-kanak, sampai separa pinggang. Ada gelongsor air yang menarik. Anak saya minta naik kenderaan bermotor tepi pantai, saya tak tahu samada kanak-kanak dibenarkan naik atau tidak. Konon esoknya nak tanya, tapi tak jadi kerana kami balik awal untuk menziarah kematian. Ada juga orang berkelah di tepi pantai ini. Kalau tak silap, resort ini mempunyai kawasan untuk barbeque.



Pekan Teluk Kemang tidak jauh sangat dari hotel ini, dalam 10-15 minit sahaja. Kalau berminat nak membeli cenderamata boleh singgah di pantai Teluk Kemang, banyak pilihan. Ada juga muzium tentera di PD, tapi kami tidak melawat, seperti yang telah saya katakan, kami tak sempat. Anda mungkin boleh melawatnya. Ia tidak jauh dari tempat ini. Boleh google di Map untuk mencari.

Selain itu, keistimewaan Tanjung Tuan ialah, ia menjadi tempat persinggahan sementara burung-burung yang berhijrah ke hemisfera utara. Berikut adalah rencana yang dapat saya baca dari BERNAMA : burung hijrah di Tanjung Tuan. Tapi ia bukan ada setiap masa, hanya pada musim tertentu. Ditanjung Tuan juga ada Rumah Api yang klasik, tetapi saya tidak sempat pergi. Insyaallah, lain kali kalau murah rezeki dan panjang umur, saya akan datang lagi.Menjaga kebersihan alam sekitar

Saya berharap agar semua pengunjung dan penduduk sekitar dapat menjaga kebersihan pantai ini. Ini kerana, sewaktu datang ke sana, banyak betul sampah. Pantai itu tidak terurus. Apalah agaknya nasib pantai ini dalam masa 10 tahun akan datang. Tolonglah didik anak-anak kita menjaga alam sekitar. Jangan bawa mereka berseronok untuk memusnahkan alam sekitar. Takut-takut nanti generasi yang akan datang tak dapat merasa lagi apa yang kita rasa, kalau macam itu, kita telah buat dosa dengan keturunan sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved