Ahad, 22 Disember 2013

05 di serting - Google Blog Search

05 di serting - Google Blog Search


Cerita Kami...: Majlis kenduri kahwin Akhmal <b>di Serting</b>

Posted: 24 Jun 2013 08:12 PM PDT

Sabtu lepas telah berlansungnya majlis kenduri Akhmal di Serting. End of June dulu kat belah perempuan di Sepang. Ceritanya Di Sini

Kali ni kat belah lelaki pula. Kami adik beradik hanya dapat sampai pada hari langsung. Hari Sabtu lah ya... Kira pagilah jugak sampai. Dengarnya ada yang bertolak dari KL selepas subuh...... Aku kalau tidak pun pagi juga sampai tapi disebabkan sesat barat makanya dalam pukul 11 baru sampai. Kira pagilah jugak kan???? Lagi pun masa aku sampai tu, tetamu jemputan abang aku tak ramai lagi yang sampai..... kira selamatlah..... kalau tidak mampus kena kutuk.......
Aku kalau ke rumah abang aku ni kalau tak sesat tak sah. Setiap kali kerumahnya mesti sesat barat. Tanah rancanganlah katakan, banyak sangat simpangnya........ konfius sekejap.......
Rasa bersalah tu ada jugalah, sebab sepatutnya kat rumah adik beradik kena awallah sampai, tapi disebabkan bekerja so hari langsunglah sampainya. Lagipun nak berewang, orang-orang Felda dah ramai. Kami sampai-sampai pun hanya duduk lepak-lepak ajer........

ahli keluarga Linggi sedang bergossip
pengantin..... pelamin kat luar rumah......
pengantin kat meja santapan
jiran tetangga yang datang menolong
mereka-mereka yang menyediakan juadah kenduri......
blogger Yati yang sedang menikmati juadah pengantin...... Lepas ajer pengantin dan ahli keluarga belah perempuan bangun maka meja santapan ni diserbu oleh ahli keluarga belah Linggi pula.......
adik aku yang kat Pandan tu dengan husbandnya......
meriah sungguh....... Pak Cik ngan Mak Su pun joint sekali........
Kami semuanya bertolak balik kerumah masing-masing petang tu jugak, setelah menolong mengemas serba sedikit (buat syarat ajer)........ hahaha.... terukkan....... Sempat lagi tu membungkus makanan..... penuh bonet kereta masing-masing......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads