ads

Isnin, 30 Disember 2013

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Lingkaran DuniaKu: Berkayak <b>di</b> Blue Lagoon, <b>Port Dickson</b>

Posted: 22 Dec 2013 05:59 AM PST

     Menghabiskan hujung minggu berehat bersama keluarga..adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Lokasi kami di Seremban membolehkan kami menikmati beberapa kemudahan perkelahan yang bersesuaian, ekonomi dan tidak perlu pergi jauh. Jika ingin ke air terjun, Hutan lipur Ulu Bendul hanya sekitar 15 minit. Jika ingin menikmati nyamannya pantai, Port Dickson hanya dalam 25 minit. Ada juga Kolam Air Panas Pedas yang lebih dekat, dalam 10 minit dari rumah.

      Hujung minggu bermulanya cuti sekolah, saya dan suami bersepakat melayan anak mandi manda di Port Dickson. Lokasi yang sering menjadi pilihan kami ialah Pantai Laguna Biru, atau Blue Lagoon yang terletak dalam 4 km melepasi Politeknik Port Dickson, dari arah Teluk Kemang.

Kawasan Blue lagoon ini kelihatan seperti teluk, terlindung dari angin kencang, dan ada pokok2 untuk menumpang teduh. Kawasan letak kereta pun dekat je dengan pantai. Ada juga kedai-kedai jualan walaupun tidak sebanyak di Teluk Kemang. 
Sebenarnya kami tiba di sana dalam tengahari juga, sebab berjalan-jalan di Teluk Kemang dulu. Bila kami sampai ke Blue Lagoon, air sedang surut dan laut saujana mata memandang. Anak2 berlari2 mengejar ketam dan siput yg ada di kawasan air surut. Menjelang petang, bila air dah memenuhi kawasan teluk, barulah rancak perkhidmatan-perkhidmatan seperti kayak dan banana boat di naiki pengunjung.
Anak-anak dah puas mandi manda, minta ayahnya membawa mereka menaiki kayak. Bayaran menaiki kayak ini ialah RM10 untuk sekali naik.  Kawasannya pun tenang tidak ada ombak besar, dan saya tahu kawasannya tidaklah sedalam mana, jadi tidaklah terlalu bimbang untuk melepaskan anak2 saya menaikinya. Lagipun si ayah memang mempunyai ilmu dan kemahiran mengendalikan kayak kerana memang terlibat secara aktif dalam sukan ini suatu ketika dulu.  

Encik suami  je yang mengayuh. 2 orang anak bujang saya berkongsi tempat duduk.

Muka teruja anak2 kerana dapat menikmati pengalaman menaiki kayak kali pertama.

Lihat orang2 yang berenang tu, takdelah dalam sangat kawasan ni.

Si Yussuf tak sabar nak bangun keluar dari kayak. Ayahnya kata, bising dia takutkan shark bila jauh sikit ke tengah. Cepat2 ajak balik hahaha

Teruja melihat ikan-ikan kecil yang ada berenang di tepi kayak.
      Mendedahkan anak2 dengan pengalaman sebegini akan memberikan kenangan manis kepada mereka dan memupuk semangat berani, serta mencintai alam sekitar. Nanti lain kali bila dah lebih besar, ibu benarkan korang berkayak dua orang pula ya. Ibu pulak nak share kayak dengan ayah tau! yang ni, ibu kena tengok dari tepi je huhuhuhu...ibu nak join gak~~~

TOT, Uniten <b>di Port Dickson</b> : Part 1~~ | Ryanza Land

Posted: 14 Dec 2013 12:00 AM PST

Hujung minggu yang lepas, syu join TOT di Port Dickson. TOT??? Stand for Training of Trainer under CFGS, Uniten. Sebagai kauselor pelatih, syu, arina dan fadzilah dijemput untuk turut sama dalam program TOT yang disertai oleh Foundation Club, Junior Counselor Fellowship dan Integrity Club di bawah naungan CFGS bertempat di  Kem Brindley, Port Dickson, bermula pada 13 - 15 Disember 2013. Seramai 33 orang pelajar menyertai TOT ni yang terdiri daripada pelajar kampus Putrajaya dan kampus Muadzam Shah Jom layan aktiviti kami kat sana (^_^)

13 Disember 2013 - Jumaat
Bermula dengan sesi suai kenal, diteruskan dengan aktiviti santai seperti Can You Spot The Lies, Teka Lukisan, Radio Karat, dan Silent Act. Disebabkan kami sampai lewat sedikit di PD, so kami just handle untuk aktiviti Radio Karat dan Silent Act
~Arina baca mesej sebenar Radio Karat selepas aktiviti Radio Karat tamat~

~sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain~
~Silent Act. Penat meneka apa benda la yang Afeef sedang gayakan tu~
~Lepas habis aktiviti, dimulakan dengan nyanyian lagu Uniten oleh pelajar lelaki sebelum Camp Kick Start dilaksanakan~

Pada waktu malam pula, Camp Kick Start bermula. Pelajar didedahkan serba sedikit tentang CFGS dan kelab-kelab yang bernaung di bawah CFGS, Uniten. Tengah malam pula, aktiviti Lone Wolf dijalankan. Pelajar dikehendaki untuk berjalan dalam keadaan mata tertutup sambil memegang tali yang bercabang. Boleh bayangkan tak?? (^_^)

14 Disember 2013 - Sabtu
Pagi Sabtu dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Joging dulu sekeliling dataran baru mula main permainan yang direka oleh fasilitator yang merupakan ahli kelab Junior Counselor Fellowship. Ada 3 game yang dimainkan secara berterusan. Game 1: Spageti, Game 2: Burger dan Game 3: Donut. Unik tak nama game ni??? (^_^)

~Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. Game 1: 4 batang 'spageti'~
~terus kepada Game 2: 10 set 'burger'~
Ni cara nak main game ni... Dimulakan dengan spageti, kemudian burger dan akhir sekali donut....

~cara main game 1 macam ni ye..~
~jalan terus sampai ke game 2: burger~
~kemudian, pelajar kena susun 10 set burger secara menegak dan pegang selama 5 saat.~

~fokus penting.. fokus menyusun 10 set burger..~

~kena pegang pula 5 saat~

~dah siap game 2, kena berjalan untuk ke game 3 pula. Kena jalan berpasangan sambil kepit kepingan burger tadi... macam gambar ni~

~sempat lagi posing masa tengah main game.. pantang nampak kamera~

~fokus..fokus.. macam-macam gaya ada~

~game 3 pula, kena baling donut sampai masuk dalam kon kecil tu.. Donut tu yang para pelajar pegang kat tangan diorang~

~ahli kumpulan tengok dengan penuh debaran bila PJ buat balingan donut..~

~yeah.. donut berterbangan sana-sini~

~Finally... lepas habis game semua posing ambil gambar ler.~

~syu sibukkan diri ambil gambar pelajar main game. Last sekali baru posing ambil gambar sendiri.. Poyo kejapppp.. peace (^_^) ~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved