ads

Selasa, 31 Disember 2013

05 di gemas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


Pusat penjaja <b>Bahau</b> dinaik taraf - Utusan Online

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

PUSAT Penjaja Bahau bakal berwajah baharu apabila bangunan itu akan dinaik taraf mulai 2014.

JEMPOL 30 Dis. - Pusat penjaja Bahau bakal berwajah baharu apabila kerajaan pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi tujuan pembinaan semula bangunan yang berusia 27 tahun itu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol (MDJL), Wan Razali Wan Awang memberitahu, buat masa ini terdapat 150 unit gerai di pusat penjaja tersebut.

"Bangunan ini sudah terlalu lama dan kerajaan mahu memberikan keselesaan serta menaik taraf kawasan ini.

"Peruntukan akan mula disalurkan pada Januari ini bagi mengubah keadaan kawasan ini dari sebuah bangunan lama menjadi sebuah pusat perniagaan yang lebih cantik dan tersusun.

"Ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan, peniaga akan ditempatkan di sebuah pusat perniagaan sementara iaitu di belakang pusat perniagaan Kiara," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pasar ayam Bahau yang berdekatan pusat penjaja tersebut sudah siap dinaik taraf dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat.

"Pada pertengahan tahun ini kita telah memindahkan 22 orang peniaga pasar ayam Bahau ke satu lokasi sementara iaitu di hadapan pusat penjaja Bahau.

"Pastinya selepas ini mereka akan lebih selesa menjalankan perniagaan, malah tidak mustahil jumlah pelanggan akan meningkat apabila premis tersebut cantik dan mesra pengguna," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau memberitahu, MDJL telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petronas untuk mengadakan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Jempol.

"Antara kandungan perjanjian adalah Jempol akan dipilih sebagai salah satu lokasi untuk pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bagi tempoh tiga tahun.

"Pada Oktober lalu sukan tersebut telah diadakan dekat Dataran Seri Jempol untuk julung kalinya. Melihat kepada sambutan yang baik dan lokasi yang sesuai, Petronas bersetuju untuk meneruskan kejohanan tersebut di daerah ini pada masa akan datang," katanya.

BlOG NEGERI SEMBILAN: 05 <b>di bahau</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Dec 2013 01:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Kg <b>Ampangan</b> Rosak Tak Sampai Dua Bulan | Selangorkini

Posted: 26 Feb 2012 10:28 PM PST

[unable to retrieve full-text content]TANJUNG KARANG, 27 FEB: Tidak sampai dua bulan disiapkan, jalan di Kampung Ibu Ampangan mula rosak akibat kerja menaiktaraf jalan terbabit tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Menurut ketua Kampung ...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved