Jumaat, 1 November 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


TV9 - Rangka Mayat Ditemui <b>Di Seremban</b>

Posted: 30 Oct 2013 02:59 AM PDT

30 Oct 2013, 05:59pm by Syuhada Rais


Seorang lelaki  terkejut apabila menjumpai tulang manusia ketika sedang membersihkan kebun getah berhampiran Taman Bukit Zamrud di Temiang Seremban, Negeri Sembilan.

Berdasarkan pemeriksaan pihak berkuasa mangsa mungkin mati lebih dua bulan lalu.

Tulang berkenaan dijumpai kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Deputi Superitendan Baharudin Mustapha sebahagian tulang masih tertanam dan ada yang bertaburan dipercayai dikorek oleh haiwan.

Turut ditemui pakaian dan sepasang kasut dipercayai milik mangsa.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti, begitu juga dengan punca kematian.

Tulang dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta datang ke balai polis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads