Sabtu, 2 November 2013

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Prince Of Pilah: Ismail Lasim menang <b>di Kuala Pilah</b>

Posted: 24 Oct 2013 05:48 AM PDT

 Ismail Lasim Menang Di Kuala Pilah

Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim kekal sebagai peneraju UMNO bahagian berkenaan bagi penggal keempat selepas menewaskan Datuk Abdul Samad Ibrahim.
Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling memperoleh 485 undi manakala Abdul Samad yang juga ADUN Seri Menanti mendapat 262 undi dalam persidangan yang diadakan di Dewan Datuk Bahaman Shamsudin.
Ismail merakamkan ucapan terima kasih kepada para perwakilan kerana terus memberi kepercayaan kepadanya untuk terus memimpin UMNO bahagian tersebut untuk penggal yang keempat.
"Di peringkat bahagian Kuala Pilah, saya akan terus berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO agar lebih mantap.
"Selepas pemilihan parti, saya berharap seluruh ahli dan kepimpinan baharu yang dipilih melipat gandakan usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Tambahnya, beliau berharap UMNO Bahagian Kuala Pilah bertambah mantap serta sokongan sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diperlukan untuk bekerjasama memastikan kejayaan parti.
Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian yang dikosongkan oleh Datuk Hasan Malek kini diisi oleh bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian, Adnan Abu Hassan yang meraih 392 undi daripada 752 perwakilan yang mengundi.
Beliau yang juga bekas ADUN Pilah menewaskan ADUN Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail yang mendapat 223 undi dan Kamarulzaman Kamdias yang memperoleh 123 undi.
Adnan berkata, beliau tidak menyangka keputusan itu dan berterima kasih kepada para perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengisi barisan kepimpinan UMNO bahagian berkenaan.
"Walaupun saya bukan lagi wakil rakyat, saya masih membuat kerja parti dan berkhidmat kepada masyarakat," katanya.
Sementara itu, jawatan Naib Ketua Bahagian juga memperlihatkan calon baharu dengan kemenangan ADUN Johol, Abu Samah Mahat ke atas Datuk Mohamad Kamel Mohd Yusoff. Abu Samah memperoleh 378 undi manakala Mohamad Kamel mendapat 358 undi.

Sumber : Utusan Malaysia

Teruskan Perjuangan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads