Sabtu, 16 November 2013

05 di jempol - Google Blog Search

05 di jempol - Google Blog Search


Dipukul sampai mati <b>di JEMPOL</b> | Malaysia Edition

Posted: 26 Oct 2013 08:06 PM PDT

JEMPOL – Kedatangan seorang lelaki India ke negara ini untuk bekerja selepas bercuti beberapa hari lalu berakhir dengan tragedi apabila dia dibunuh selepas bergaduh dengan dua rakan sekerjanya dalam kejadian di Ladang Gaddes di sini kelmarin.

Mayat pekerja kilang, Rajendran Kumar Yadev, 40, yang mati akibat dipukul ditemui terbaring di tepi jalan oleh seorang penduduk pada pukul 10.43 malam. Polis masih menyiasat motif kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Tukiman Seriman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh selepas datang ke ladang tersebut untuk berjumpa dengan dua rakan sekerjanya itu.

Katanya, ketika berjumpa, mangsa dikatakan telah bertengkar dengan dua suspek terlibat sebelum rakan sekerjanya itu bertindak memukulnya dengan objek tumpul.

"Ekoran itu mangsa mengalami kecederaan pada mata kiri dan kepalanya. Kita sedang giat mencari dua rakan sekerjanya berusia 18 dan 20 tahun yang telah menghilangkan diri selepas kejadian.

"Maklumat mengatakan mangsa telah bekerja selama 11 tahun di negara ini dan baru kembali bertugas selepas pulang bercuti ke negaranya beberapa hari lalu," katanya di sini semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat dan kes bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.-kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads