ads

Sabtu, 7 September 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Yayasan Sofa <b>Negeri Sembilan</b> dan Kumpulan Yayasan Sofa <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2013 08:52 PM PDT

Seremban, 31 Ogos – Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan Kumpulan Pendidikan Sofa telah dijemput untuk menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan kali ke-56 peringkat Negeri Sembilan darul Khusus yang bertempat di padang Majlis Perbandaran Seremban. Seramai lebih 20,000 orang peserta kontinjen mewakili pelbagai agensi, jabatan kerajaan, persatuan belia dan parti politik menyertai perarakan sempena hari kemerdekaan kali ke-56.

 Perarakan bermula seawal jam 9 pagi di sini di hadapan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud.

 Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Peringkat Negeri Sembilan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Perhimpunan adalah bagi memperingati hari bersejarah dan memperingati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdahulu. Semoga dengan penglibatan seperti ini dapat merapatkan hubungan Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan Kumpulan Pendidikan Sofa dengan agensi-agensi yang lain. Selain itu, ia juga satu langkah mempromosikan nama Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan Kumpulan Pendidikan Sofa dengan masyarakat sekitar.

1

2

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved