Sabtu, 7 September 2013

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Universiti Al-Azhar Buka Kampus Cawangan Sementara <b>Di Nilai</b>

Posted: 27 Aug 2013 12:33 AM PDT

SEPANG: Universiti Al-Azhar bersetuju membuka kampus cawangan sementara di Nilai, Negeri Sembilan dengan pengambilan 300 pelajar September tahun depan, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Kampus sebenar bagi cawangan pertama Universiti Al-Azhar di luar Mesir ialah di Rembau, Negeri Sembilan yang akan mempunyai kapasiti pengambilan seramai 10,000 pelajar untuk jurusan Usuluddin, Shariah dan Bahasa Arab.

Pembukaan kampus itu akan memberi ruang kepada pelajar Muslim di Asia Tenggara dan Asia keseluruhannya untuk mengikuti pengajian Universiti Al-Azhar di cawangan di Malaysia, katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Kaherah bersama 277 pelajar Malaysia di sini, Selasa.

"Kampus ini (dan kampus cawangan Tuanku Muhriz di Rembau) merupakan alternatif kepada pelajar tanpa perlu pergi ke Mesir dan ia mencerminkan bahawa pihak Universiti Al-Azhar percaya kepada Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam dan mampu melaksanakan tugas tersebut dengan baik dan sempurna," katanya.

Idris berkata pembukaan kampus cawangan Al-Azhar ini bukan kerana susulan pergolakan yang berlaku di Mesir kini tetapi seperti yang telah dirancang sebelum ini.

"Banyak negara sebenarnya yang ingin membuka kampus Universiti Al-Azhar di negara mereka namun kepercayaan tersebut diberi kepada negara ini bersandarkan kemajuan Islam di Malaysia serta kepimpinan kita yang sederhana dan mengamalkan konsep wasatiyyah," katanya.

Idris turut memaklumkan peperiksaan ulangan, penangguhan pengajian dan program pemindahan kredit akan dilaksanakan bagi pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran konflik di Mesir.

"Peperiksaan ulangan bagi 1,200 pelajar dalam pelbagai bidang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada awal September," katanya.

"Usaha juga sedang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk memastikan sesetengah kursus boleh dijalankan di Malaysia dalam masa sebulan dua ini untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

"…perincian akan ditetapkan selepas perbincangan dengan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang minggu ini," katanya.

Ditanya mengenai status dua orang pelajar yang melanggar perintah berkurung di Mesir dan kini dalam tahanan, Idris berkata pegawai kementerian telah mengenal pasti pelajar terbabit dan mereka akan dibebaskan tidak lama lagi.

-BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads