ads

Ahad, 22 September 2013

05 di gemas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di gemas - Google Blog Search


RM900,000 kos lebar Sg. <b>Bahau</b> - Utama - Utusan Online

Posted: 19 Sep 2013 11:40 AM PDT

JEMPOL 19 Sept. - Kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM900,000 bagi menampung kos projek pelebaran dan mendalamkan sungai Bahau dekat sini, dalam usaha mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, L. Manickam berkata, projek yang dijangkakan memakan masa setahun itu bertujuan mengatasi masalah banjir yang kerap melanda penduduk kawasan berhampiran.

"Projek ini meliputi kerja menaik taraf sungai Bahau sejauh tiga kilometer bermula dari Kampung Taman Jaya sehingga Taman Kaseh Putera.

"Buat masa ini, kerajaan sedang menjalankan proses pengambilan tanah daripada syarikat swasta bagi menjalankan projek tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Manickam turut memberitahu, sebanyak RM165,000 diperuntuk bagi tujuan menggantikan pembetung di sekitar Taman Bahau dekat sini, bagi mengatasi masalah limpahan air sungai di kawasan terbabit.

"Projek yang telah dimulakan sejak tiga minggu lalu ini dijangkakan siap menjelang November ini.

"Kita mendapati pembetung sebelum ini kecil dan tidak mampu menampung limpahan air terutamanya ketika hujan," katanya.

Tambahnya, keadaan sungai yang sempit serta dipenuhi sampah turut menjadi punca berlakunya banjir di taman berkenaan.

"Saya berharap apabila projek ini disiap bakal memberi keselesaan sekali gus menyelesaikan masalah penduduk sekitar.

"Selepas ini penduduk tidak lagi perlu risau sekiranya tiba musim hujan," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved