Rabu, 10 Julai 2013

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


Pusat 3S Hyundai terbaharu dibuka <b>di Seremban</b> | KeretaMoto.com

Posted: 09 Jul 2013 03:48 AM PDT

001 Pusat 3S Hyundai terbaharu dibuka di Seremban

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini telah membuka pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbaharu di Seremban, Wheelex Sdn Bhd, menjadikan jumlah keseluruhan pusat 3S milik HSDM kini kepada 20. Menurut HSDM, buat masa ini terdapat lagi tujuh pusat 3S yang sedang dibangunkan dan akan memulakan operasi pada tahun ini atau pada awal tahun 2014.

Wheelex Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada SiangHin Goup of Companies, yang sebelumnya memulakan operasi pusat 1S (jualan) dan 2S (servis dan alat ganti) di lokasi yang berbeza di Seremban. Dengan pembukaan pusat 3S tunggal yang menempatkan ketiga-tiga perkhidmatan utama itu, para pemilik kenderaan Hyundai kini mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik dari syarikat berkenaan.

Pusat 3S terbaharu itu dibangunkan dengan kos kira-kira RM4 juta, dilengkapi sepenuhnya dengan servis seperti servis pantas, ambil dan hantar, ulang-alik dan servis membasuh kereta secara percuma (Quick Service, pick-up and delivery, shuttle and free car wash). Para pelanggan juga disediakan ruang menunggu premium dengan kelengkapan Wi-Fi, kemudahan membancuh kopi dan siaran televisyen Astro.

Pusat 3S itu terletak di lokasi strategik di Seremban, menjadikannya lebih mudah untuk para pelanggan dari daerah berhampiran seperti Nilai, Senawang, Port Dikcson, Lukut dan Bahau untuk menghantar kenderaan mereka ke sana. Pusat 3S terbaharu Hyundai itu terletak di alamat No. 120A, Jalan Tuanku Antah, 70100, Seremban, Negeri Sembilan.

Pusat servis itu beroperasi dari Isnin ke Sabtu bermula jam 8.00 pagi ke 6.00 petang dan ditutup pada hari Ahad. Sementara itu, bilik pamerannya dibuka dari Isnin ke Jumaat bermula jam 9.00 pagi ke 8.00 malam, dan pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads