ads

Rabu, 10 Julai 2013

05 di jelebu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Daif dan bahaya sungguh keadaan pasar <b>di Jelebu</b> ni - PAS Negeri <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2013 06:20 PM PDT



Bangunan pasar basah uzur
Peniaga di pasar basah dekat Pasar Tani Kuala Klawang di sini melahirkan rasa bimbang terhadap struktur bangunan yang uzur terutama siling yang mula reput.
Menurut peniaga di situ, lebih menyedihkan apabila bumbung di pasar berkenaan terpaksa ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan dibasahi hujan selepas ia mengalami kerosakan sejak sekian lama.
Kata peniaga, Norlida Mohamed Salleh, 51, perkara itu sentiasa membimbangkan peniaga serta pengunjung yang berurusan di pasar tani itu.
''Ada kalanya serpihan siling jatuh ke lantai. Keadaan di sini sebenarnya sudah terlalu bahaya kepada peniaga dan kami berharap sesuatu dapat dilakukan segera," katanya di sini hari ini.
''Banyak lampu yang sudah pecah dan tidak diselenggara dengan baik. Sampai bila kami akan berhadapan kesukaran ini," katanya.
''Tandas juga sudah terlalu uzur, rosak dan tidak terurus dengan baik. Sudah berbulan-bulan tandas itu tidak berfungsi dan kami amat berharap pihak yang berkaitan dapat melihat keadaan ini kerana peniaga di sini sudah lama sengsara," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved