Khamis, 27 Jun 2013

05 di tampin - Google Blog Search

05 di tampin - Google Blog Search


Jangan sebar berita palsu mengenai kematian tahanan <b>di Tampin</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2013 03:34 PM PDT

Posted on June 3, 2013, Monday

SEREMBAN: Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang kelmarin.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.

"Ini adalah 'straight forward case' di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Kelmarin, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar jam 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada jam 7 petang.

Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.

Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.

"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenal pasti," katanya.

Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.

"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Kematian tahanan <b>di</b> lokap polis <b>Tampin</b> masih disiasat ABN News <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2013 05:59 AM PDT

SEREMBAN – Siasatan kes kematian seorang tahanan, P.V Karuna Nithi, 42, di lokap Balai Polis Tampin baru-baru ini hampir siap, Cuma menunggu laporan pathologist bagi menentukan punca kematiannya.

Menyatakan demikian hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata: "Mengikut pakar patologi daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, laporan itu hanya akan boleh siap dalam masa dua atau tiga minggu".

Bercakap pada sidang media di sini, Osman berharap jangan ada sebarang spekulasi negatif terhadap siasatan itu yang telah diambil-alih oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

"Jadi, berlaku adillah kepada polis, biar kita kemaskinikan dahulu siasatan kita dan saya harap jangan membuat sebarang kesimpulan kerana kesimpulan itu mungkin tidak tepat dan cerita sebenarnya mungkin tidak diketahui.

"Saya sudah tegaskan di peringkat awal lagi bahawa kita tidak akan melindungi mana-mana pihak jika ada bukti yang mencukupi yang menjurus ke arah kes jenayah," katanya.

Beliau berkata, daripada mula masuk lokap pada 28 Mei sehingga tahanan disahkan mati pada Sabtu lepas, semua perbuatan dirakamkan oleh kamera litar tertutup dalam lokap berkenaan dan setakat ini kita tidak nampak perkara luar biasa berlaku ke atas simati.

Pada Sabtu lepas (1 Jun), Nithi, yang ditahan sejak 28 Mei selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.

Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.  – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads