05 di jempol - Google Blog Search |
| Penyanyi Aishah Bakal Bertanding PRU13 <b>Di</b> Parlimen <b>Jempol</b> | Posted: 04 Apr 2013 04:42 AM PDT Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
P.S: Tips pilihanraya Baca Yang Ini Pulak:- |
| Aishah sudah sedia lawan Isa <b>di Jempol</b> – Perak Today Posted: 18 Apr 2013 09:37 AM PDT
"Kenapa saya nak undur diri, tiada sebab untuk saya tarik diri sedangkan saya baru sahaja diumumkan sebagai calon Pas di kawasan Parlimen tersebut. "Saya sedia dari segi mental dan fizikal, malah sanggup mengharungi cabaran mendatang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tumpas pada PRU ini, sekali gus beri kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis ceramah santai Pakatan Rakyat di Hotel Citykingdom, Taman AST, malam kelmarin. Sementara itu, ketika ditanya mengenai calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang akan menentangnya pada PRU ini, Wan Aishah berpendapat bahawa perkara tersebut tidak memeranjatkannya. Katanya, pencalonan semula Mohd Isa di Jempol adalah sesuatu yang telah diramalkan pihaknya sejak dari awal dahulu. "Saya hanya boleh cakap kita lihat sahaja, sama ada pengundi mahukan orang yang baru atau orang lama sebagai wakil rakyat mereka. "Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik dalam memastikan Parlimen Jempol jatuh ke tangan Pas," katanya. - SINAR HARIAN |
| You are subscribed to email updates from di jempol - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-
Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan