ads

Isnin, 22 April 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


SPR patut buat persiapan pilihan raya <b>di Negeri Sembilan</b>- Aziz Bari <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 12:31 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 April: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), sepatutnya sudah membuat persiapan pilihan raya di Negeri Sembilan, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) nya terbubar secara automatik, 28 Mac ...

BN Bakal Menang 2/3 <b>Di Negeri Sembilan</b> - MyKMU.Net

Posted: 17 Apr 2013 05:59 AM PDT

April 17, 2013   ·   29 Comments

Menyerahkan Watikah Calon

PENULIS tidak begitu tergesa-gesa nak menggambarkan perasaan mengenai calon-calon BN Negeri Sembilan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Mohammad Hasan di kediaman rasminya semalam.

Tujuannya kerana penulis ingin menunggu dahulu respon balas masyarakat dan penyokong parti terhadap calon yang dipersediakan kepimpinan tertinggi parti untuk berkhidmat kepada mereka kelak.

Pegang cakap tu, untuk berkhidmat, bukan semata-mata untuk berkuasa.

Baiklah, setelah melihat senarai pencalonan itu, apa yang boleh dikatakan, melainkan 2 kerusi, BN ada peluang untuk menang majoriti lebih besar berbanding tahun 2008.  Tentang calon pula, hampir kesemuanya adalah calon-calon yang menepati janji Perdana Menteri, boleh menang.

Itu ringkasnyalah.

Cuma dari senarai itu, agak sedih juga melihat sekurang-kurangnya 4 calon cina dari MCA dan Gerakan yang bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen, kerana mereka hampir pasti kalah akibat isu perkauman yang dimainkan DAP.

Nasib baik jumlah kerusi terlibat tidak banyak, berbanding 7 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Berbalik pada 2 kerusi yang dikatakan bermasalah itu, kedua-duanya berada dalam Parlimen Seremban dan kedua-duanya juga adalah kerusi yang diwakili pembangkang.  Macam biasa, kebanyakkan masalah mengenai calon yang dibangkitkan oleh  pihak yang tidak berpuas hati itu, adalah berkaitan dengan asal usul calon dan latar belakang sebelum menjadi calon.

Itu sahaja.  Lagipun mereka yang kecewa ini ada 24 jam untuk merajuk, lepas itu eloklah.

Dengan kerja keras dan kempen yang berkesan, penulis yakin diakhirnya nanti, calon-calon yang dianggap pemimpin parti setempat sebagai bermasalah ini, boleh diterima masyarakat.

Tambahan pulak Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sedang hebat bergolak.  PKR masih tidak boleh putuskan siapa calon disemua kerusi yang diserahkan kepada mereka untuk ditandingi.  Walaupun khabarnya malam ini (17/4/2013) senarai tersebut boleh dimuktamadkan, tapi tidak ada jaminan senarai tersebut akan kekal sehingga hari penamaan calon nanti.

Atas sebab yang sama (pergolakan dalaman), sesiapa yang berkunjung ke Seremban hari ini boleh lihat betapa pudarnya kempen pembangkang, berbanding pada tahun 2008.  Penyokong yang kecewa terpaksa pasang bendera parti pada kenderaan masing-masing kerana hampir keseluruhan bandar Seremban sehingga ceruk pendalaman rantau, dihampar dengan bendera biru BN.

Insya Allah, kita menang besar.

By


Addin: Punca Umno BN Bakal Tumbang <b>Di Negeri Sembilan</b> Tersebar

Posted: 19 Apr 2013 12:40 AM PDT

Penolakan terhadap calon Umno di Negeri Sembilan semakin menjadi-jadi sejak dua hari lepas. Jika kelmarin berlaku bantahan besar-besaran oleh ahli Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol dan DUN Palong, petang semalam berlangsung pula satu lagi bantahan di DUN Lenggeng.
Lebih 50 pengundi dari DUN Lenggeng membantah pencalonan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang akan bertanding di kerusi DUN Lenggeng pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Perkembangan terbaru ini agak mengejutkan kerana Ishak dianggap calon popular di DUN Lenggeng kerana beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng selama tiga penggal berturut-turut bermula 1995, 1999 dan 2004 sebelum digugurkan pada tahun 2008 (PRU-12).
Dikalangan orang-orang Umno, Ishak sering dikatakan sebagai seorang yang amat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka pemilihan Ishak sebagai calon PRU Umno DUN Lenggeng memang sudah dijangka sejak dari awal lagi.
Wakil Jawatankuasa Bertindak Badan Bukan Kerajaan DUN Lenggeng, Mohd Azhari Jasad berkata, mereka bukannya penentang Barisan Nasional (BN) dan Umno, malah penyokong tegar parti itu namun mereka kecewa dengan calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan Umno.
"Bagi kami calon yang dipilih ini bukan calon 'winnable candidate' kerana rakyat Lenggeng sendiri tahu bahawa dia pemimpin yang bermasalah.
"Malah golongan muda juga menolak Ishak kerana faktor usia dan 'trade mark' sebagai calon 'kitar semula' yang sepatutnya tidak melepasi saringan kesihatan dan beberapa perkara lain.
"Pemilihan Ishak akan mengundang kemarahan pengundi DUN Lenggeng yang dikhuatiri akan membawa kekalahan kepada BN," kata Mohd Azhari.
Mohd Azahari berkata DUN Lenggeng adalah kubu kuat BN dan hidup mati masyarakat di situ adalah bersama BN.
"BN sekarang ini berusaha kuat merampas DUN Ampangan dan DUN Sikamat daripada pembangkang, tapi jangan pula BN hilang DUN Lenggeng ibarat yang 'dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
' "Malah satu memorandum bantahan turut akan dihantar kepada Najib yang juga presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari esok (Jumaat)," katanya.
Sementara itu turut serta menyatakan bantahan adalah Pemuda BN DUN Lenggeng yang turut memberi amaran bahawa calon bebas akan ditampilkan jika BN terus memilih Ishak sebagai calon.
Ketua Pemuda BN DUN Lenggeng, Zool Amali Hussin berkata beliau akan mengambil tindakan keluar parti dan akan menampilkan seorang calon bebas jika Ishak tidak diganti dengan calon baru.
"Kita sudah ada calon bebas dan akan perkenalkan semasa penamaan calon nanti iaitu orang lama dan orang kuat Umno dan lebih baik daripada Datuk Ishak, jika suara kami tidak dilayan.
Kami pun bukan suka-suka buat bantahan tetapi kami mahu suara kami didengar oleh pucuk pimpinan parti kerana tidak sewajarnya Ishak dipilih sebagai calon Lenggeng," kata Zool Amali.
Kandungan memorandum tersebut menghuraikan apakah punca yang akan menyebabkan kekalahan BN di DUN Lenggeng jika Ishak terus dipilih iaitu faktor undi protes yang akan memberi undi kepada calon bebas, undi rosak serta penyokong Umno dan BN tidak mahu keluar mengundi.
Peserta bantahan mempamerkan pelbagai sepanduk seperti 'Inikah Winnable Candidate untuk DUN Lenggeng? Yang Dipilih oleh PM',
'Kami pengundi Lenggeng membantah sekeras-kerasnya', 'Dia bukan calon boleh menang', 'Dia calon yang akan pecah belahkan undi
Umno di sini' dan slogan yang paling menarik perhatian ialah 'DAHJIB – DUN Lenggeng akan hancur jika Ishak Ismail Bertanding'. ~free malaysia today


0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved