ads

Isnin, 22 April 2013

05 di jelebu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jelebu - Google Blog Search


Undi Rakyat 2013: Satu lawan satu <b>di Jelebu</b> ABN News | BM

Posted: 19 Apr 2013 09:28 PM PDT

Beri Sokongan...Penyandang kerusi Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P126 Jelebu menuju ke pusat penamaan calon di Dewan D'Suri Majlis Daerah Jelebu.

JELEBU — Parlimen Jelebu P126 yang sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Rais Yatim menyaksikan pertandingan satu lawan satu diantara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Proses penamaan calon yang turut membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Pertang, Lui dan Klawang berlangsung aman di Dewan Besar Kuala Klawang.

Penyokong BN di Jelebu.

Penyokong BN di Jelebu.

Pengurus Pilihan Raya Zaidi Johari mengesahkan Parlimen Jelebu ditandingi Zainuddin Ismail dari BN dan calon PAS, Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al-Jundi.

Semua DUN dibawah Parlimen Jelebu turut menyaksikan pertandingan satu lawan satu.

Bagi DUN Chennah, calon BN Siow Foo Wen akan berdepan cabaran calon DAP, Loke Siew Fook, manakala DUN Pertang membariskan calon BN, Datuk Jalaluddin Alias dan calon PKR, Muhammad Syamwill Mertadza.

DUN Lui pula calon BN, Mohd Razi Mohd Ali akan menentang Nor Hanif Selamat dari PAS.

DUN Klawang akan menyaksikan pertandingan Datuk Yunus Rahmat (BN) dan Dr Rosli Yaakob (PAS).

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved