ads

Jumaat, 15 Mac 2013

05 di serting - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Dari Dalam Aku: Hutan Lipur <b>Serting</b> Ulu

Posted: 05 Nov 2012 05:05 AM PST

Aku nak bercerita tentang sebuah taman rekreasi yang terletak di Negeri sembilan dalam Daerah Jelebu. Terletak dalam Kampung Serting Ulu dan lokasinya agak jauh ke dalam dari jalan besar. Kira-kira hampir 10 minit memandu ke dalam kawasan kampung, kita akan menemui kawasan rehat ini. Salah satu tempat rekreasi dan bersantai yang tenang dan sesuai untuk sekeluarga menikmati ketenangan alam, kehijauan rimba dan kesejukan air bukit yang mengalir.
Keseluruhan kawasan itu sederhana sahaja kerana masih banyak kelemahan dan penyelenggaraan yang longgar di Taman rekriasi itu. bagaimanapun, cukuplah untuk orang ramai berlibur sempena cuti bersama-sama keluarga.Agak menyedihkan juga kerna, hanya terdapat segelintir sahaja peniaga yang tahu mengambil kesempatan bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung. maklumlah, selepas mandi selalunya, budak-budak akan kelaparan dan kehausan.Maksudnya di sini, pengunjung digalakkan untuk membawa bekal makanan sendiri. selain itu, mereka juga bebas untuk melakukan aktiviti seperti memanggang  atau berbabique...

Aliran airnya yang sejuk sungguh menyamankan sesiapa yang mandi tetapi adakalanya aliran air terjun di situ semakin sikit dan untuk pengunjung memilih kawasan mandian sangat terhad. Kebanyakan mereka bermandi manda di kawasan paling bawah kerana di situ terdapat kolam buatan yang menampung air yang banyak dan agak dalam. Bagaimanapun, kanak-kanak di larang mandi tanpa awasan orang dewasa.
Aku dan anak-anak lebih suka mencari kawasan mandian yang lapang dan tidak ramai pengunjung, walaupun aliran air di sungai itu kurang deras dan kurang memuaskan hati. Bagaimanapun, semua itu tidak menjadi masalah kepada kami yang sekadar ingn berhibur.

Antara pengunjung yang ingin mencari kawasan mandian di tempat yang agak tinggi dan jauh ke dalam kawasan Hutan Rekriasi tersebut. Bagaimanapun..semakin jauh ke dalam, semakin kuranglah liputan talian internet atau telepon. Kepada mereka yang gemarkan junggle tracking, sesuailah kawasan taman hutan lipur ini untuk mereka kerana semakin tinggi mendaki, akan terasa semakin mencabar stamina kita. Selain itu, kepada pencinta alam, mereka akan boleh menjumpai hidupan dan tumbuhan yang unik dan jarang di temui di kawasan luar. Inilah masanya untuk pengunjung merehat fikiran dan bersantai.
Antara hidupan yang menarik perhatianku...seolah ulat gonggok tetapi pendek. Bersais besar sebesar 2-3 jari.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved