ads

Ahad, 24 Mac 2013

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan <b>Di Port Dickson</b>

Posted: 12 Mar 2013 01:00 AM PDT

Sesuatu yang agak unik kerana perkara seperti ini agak jarang terjadi. Sebatang pokok kelapa ditemui mempunyai lima dahan di kawasan Port Dickson. Biarpun ia sudah dianggap lama kerana saiz pokok yang sudah berusia, ia baru sahaja mendapat perhatian media. KisahBest.My difahamkan, pokok ini tidak ada perbezaan yang ketara dengan pokok-pokok yang lain kerana ia tetap masih berbuah dalam keadaan biasa.

PORT DICKSON – Sesiapa yang melalui jalan Seremban Port Dickson di Batu 1 Jalan Pantai pasti akan menyedari deretan pokok kelapa yang ditanam bersebelahan dengan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Namun, di antara deretan pokok kelapa itu, terdapat sebatang pokok kelapa yang mempunyai lima cabang dahan.

Nelayan, Maamin Judin, 71, berkata, dia yang sering berulang alik menggunakan laluan Port Dickson-Seremban dari rumahnya ke pengkalan nelayan di Batu 1 menyedari kelainan pada pokok berkenaan.

"Pokok kelapa ini memang lain daripada yang lain, namun diakui ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

"Ini adalah kali pertama saya melihat pokok kelapa yang mempunyai cabang dahannya di mana kebiasaannya pokok kelapa tidak mempunyai dahan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Maamin berkata, semua lima cabang pokok kelapa ini mengeluarkan buah sama seperti pokok kelapa yang ditanam di situ.

"Ketinggian pokok kelapa ini juga tidak jauh beza pokok kelapa lain dan mungkin usia pokok kelapa ini sekitar lima hingga tujuh tahun," katanya.

Subhanallah! Pokok Kelapa Ada Lima Dahan Di Port Dickson 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

TPM <b>di Port Dickson</b> Jumaat ini - Portal berita Negeri Sembilan

Posted: 06 Mar 2013 02:33 AM PST

Seremban, 06 Mac – Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan mengumumkan lawatan kerja Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia di Port Dickson, Jumaat ini.

Lawatan kerja beliau bermula pukul 8:30 pagi di Majlis Pelancaran Kemantapan Bahasa Inggeris Memperkasakan Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Si Rusa bersama warga pendidik.

Beliau dijadualkan solat jumaat di Masjid Kampung Paya sebelum Menyempurnakan Perumahan Penduduk Tanah Merah, Port Dickson pada pukul 4.00 petang.

Orang ramai dijemput hadir.

Titian Kehidupan: Berhujung Minggu <b>di</b> Thistle <b>Port Dickson</b>

Posted: 27 Feb 2013 09:25 AM PST

Weekend lepas, kami sekeluarga rehat2kan diri dan bersantai di Port Dickson... Memang dah jadi tempat wajib aku dan famili pergi tiap2 tahun.. Cuma kali nie kitorang terjah hotel yg belum pernah jejak lagi... Hotel Thistle Port Dickson.
Aku memang ada set dalam kepala nak stay kat hotel di PD.. Maklumlaa aku memang jenis tak suka travel jauh2 sangat.. Pening kepala woooo.. Jadi kalau nak rehat2 dan bersantai, elok pergi tempat yang tak jauh sangat kan... Lagipun nie konon2nya untuk celebrate birthday suami sekali laaa.. hihihi..
Masa nie baru sampai hotel... Siap ada clown lagi sambut kitorang... hehehe..
Kan main hepi lagi anak2 aku tue haaa..
Kitorang amik bilik deluxe twins dgn view laut.. Aku booking online jer kat website hotel ni..
Kelebihan hotel nie ialah swimming pool dia yang sangat laaa besar..   Ada pool yang sampai 2m..
Yang atas ni lak pool untuk budak2.. Anak aku hepi sesangat dapat main kat sini..
Muka kanak2 riang yg tak sabar dah nak mandi kolam!!!
Lagi satu yang best tentang hotel ni, dia ada private beach.. Memang aku cari hotel yang ada beach sekali.. Akhirnya jumpa dgn hotel ni..
Sampai2 bilik, rehat jap layan tv.. Pastu terus berdesup pergi mandi kolam...
Lepas sejam mandi kolam, kitorang ke pantai lak... Nak layan anak2 main pasir dan mandi laut..
Balik bilik terus bagi anak2 berendam dalam bathtub lakkk.. Tak habis2 main air je keje budak2 neh..
Malam lak, keluar jap untuk dinner.. Tapi kitorang tak gi jauh2.. Makan dekat2 situ jer..
Hari Ahad lak, pagi2 kitorang dah turun gi breakfast.. Makanannya ok je laaaa.. Pada aku biasa biasa jer... Pastu terus bawak anak2 main jap kat children's room..
Balik dari main2 tu, anak aku dah bising nak mandi kolam lagi... Last2 en. suami ikutkan jerlaaaa.. Bukan selalu pun dapat spend masa macam ni kan.. Aku malas nak join.. Dok kat bilik kemas2 barang jer laaa.. Kol 11.30 kitorang check-out...
Rasa happy sangat dapat luangkan masa dengan family jalan2 camni.. Anak2 pun hepi manjang.. Lenkali nak pegi lagi yer en. suami....................

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved