Ahad, 24 Mac 2013

05 di jelebu - Google Blog Search

05 di jelebu - Google Blog Search


PAS Negeri Sembilan: Pusat Tarbiyah Al Amin <b>di Jelebu</b> 95 peratus <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2013 05:37 AM PST

Khamis 28 Februari 2013 - Kg Larong, Jelebu perkembangan pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) hampir 95% pembinaannya telah siap. Tiles (jubin) pun telah siap dipasang di dalam surau, bilik air dan di kaki lima. Tingkap-tingkap semua sudah di pasang. 
Tetapi masih ada beberapa bahagian yang belum di siapkan atau di pasang antaranya :-
1.Pintu – pintu hadapan ,sisi dan bilik2 air.
2.Siling – siling tingkat atas belum dipasang.
3.Railing tangga – atau besi untuk jadi pemegang atau penghadang tangga
4.Bumbung bilik air dan tandas
5.Pagar – pasang keliling kawasan PTA
Pemasangan paip air dan juga pendawaian elektrik untuk bangunan PTA telah disiapkan. Permohonan dengan TNB dan juga pihak SAINS untuk air juga telah di masukkan. 
Menurut Abg Zul (Bendahari), PTA masih berhutang sebanyak RM 6,000 dengan kedai Hardware Ban Soon dan juga RM 1,000 dengan kedai Hardware Robert.
Sehubungan dengan itu Cikgu Jaaman merayu kepada penderma-penderma yang budiman untuk menderma sejumlah dana lagi untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin ini. Segala bantuan derma boleh di masukkan ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank, Nombor akaun : 5550 6911 3244

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads