Rabu, 6 Februari 2013

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Banjir Kini <b>di Negeri Sembilan</b> : 2 Lagi Mangsa Maut.

Posted: 27 Dec 2012 06:32 PM PST

alt

 

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kematian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban bencana itu meningkat kepada lapan orang.

Menurut laporan Laman Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Laman portal tersebut turut mengesahkan mangsa banjir di Pahang malam tadi meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads