Selasa, 26 Februari 2013

05 di teluk kemang - Google Blog Search

05 di teluk kemang - Google Blog Search


Sothinathan : MIC boleh menang <b>di Teluk Kemang</b> tapi <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 09:20 PM PST

KUALA LUMPUR , Feb 12: Bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk S. Sothinathan yakin MIC dapat merampas kembali Parlimen tersebut pada Pilihanraya Umum ke – 13 tetapi pemilihan calon perlu mendahulukan kehendak masyarakat tempatan .

Untitled

" Kehendak pengundi banyak telah berubah jika dibandingkan dari dulu, dan kita harus ikut kehendak masyarakat tempatan sana adalah lebih penting", katanya kepada The Malaysian Times (TMT) ketika dihubungi baru – baru ini.

Sothinathan yang juga bekas Naib Presiden MIC  ,merupakan antara pemimpin yang menyinar dalam MIC pada suatu ketika dulu.  Karier politiknya "tersangkut" selepas gagal mempertahankan kerusi Teluk Kemang yang di menanginya pada PRU 2004 kepada calon PKR Kamarul Bahrin Abbas pada PRU 2008.

Selepas gagal di PRU 12, Sothinathan yang juga dilihat sebagai " anak kesayangan" bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu itu , menerima satu lagi tamparan yang kuat dalam karier politiknya selepas tewas di pemilihan jawatan Timbalan Presiden MIC yang menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Datuk Seri G Palanivel  dan Datuk S. Subramaniam .

Sejak kekalahan tersebut, Sothinathan dikatakan lebih banyak menghabiskan masa politiknya di Teluk Kemang untuk memberi khidmat kepada rakyat di sana walaupun tewas di PRU 2008.

Parlimen Teluk Kemang merupakan antara kubu kuat MIC sejak dulu lagi. Justeru, pemerhati politik berpandangan MIC mampu merampas kawasan tersebut sekiranya dapat "memperkemaskinikan " semula beberapa isu – isu semasa di kawasan itu bersama pemimpin MIC tempatan di sana.

The Malaysian Times (TMT) difahamkan , selain nama Sothinathan , nama Setiuasaha Agung MIC Datuk S Murugessan juga dikatakan mendapat perhatian pucuk pimpinan tertinggi parti .

 

Wartawan The Malaysian Times (TMT), ANIS SHUHAILA mengadakan satu wawancara ringkas bersama beliau baru- baru ini.

TMT :Apakah kedudukan ataupun senario terkini di Parlimen Teluk Kemang untuk BN?

SOTHI : Saya  masih berkerja  bertungkus lumus  menjalankan aktiviti khidmat masyarakat  untuk BN walaupun telah kalah pada pilhan raya lepas sejak dari tahun 2008 lagi.  Saya menghabiskan lebih banyak masa bersama pengundi di sini setiap hari.

Perkembangan tersebut  disedari oleh ramai penduduk Port Dickson, Teluk Kemang kerana saya sering  mendapat sambutan yang baik daripada penduduk di sana.  Kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang yang terletak dibawah Parlimen Teluk Kemang merupakan satu petanda baik untuk BN bagi merampas kembali Parlimen ini di PRU 13.

TMT :Apakah BN mempunyai peluang untuk bangkit dan merampas kembali pada pilihan raya kali ini?

SOTHI :  Saya amat yakin BN boleh menang di Teluk Kemang  termasuk kawasan DUN yang kita kalah di PRU 12 iaitu DUN Port Dickson. Jentera parti sudah bersedia di Teluk Kemang sejak 2008 lagi. Kita jadikan kekalahan 2008 sebagai satu pengajaran politik untuk memperbaiki segala kelemahan dan segala kekuarangan untuk bangkit semula di PRU 13 nanti. Semua jentera parti , termasuk MIC dan parti komponen yang lain perlu bersatu dan berkerja keras untuk memastikan kemenangan BN di Teluk Kemang dan saya yakin kita mampu melakukanya kali ini. 

TMT : Apakah pandangan Datuk mengenai soal pemilihan calon di Teluk Kemang untuk PRU -13 ?

SOTHI : Pada masa sekarang,  keputusan politik mengenai calon di buat  berdasarkan daripada prestasi dan penerimaan masyarakat. 

Walau apa jua keputusan , saya bersedia menerimanya. Apa yang penting ialah sebagai pemimpin politik , kita perlu bersedia dan berkhidmat untuk masyarakat pada bila – bila masa. Jangan kita  mahu tunjuk muka muka semasa musim pilihanraya umum sahaja. Suara rakyat merupakan suara keramat.

TMT : Apakah parlimen Teluk Kemang dan para pengundinya boleh menerima calon luar?

SOTHI : Ini  adalah  satu perkara yang mustahil kerana jika orang yang tidak dikenali menang  ia  akan menjadikan kerja lebih agak sukar  dan perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan fenomena baru.

Walau apapun, calon itu mestilah boleh diterima dan sedia berkhidmat untuk masyarakat.

Kehendak pengundi banyak telah berubah jika dibandingkan dengan zaman dulu , seiring dengan tuntutan  masa . Justeru,  kita  juga harus ikut kehendak masyarakat tempatan sana kerana mereka mempunyai kuasa politik yang paling berharga semasa pilihanraya nanti. Bagi saya , semua faktor perlu diambil perhatian secara serius sebelum membuat sebarang keputusan. Kita perlu memberikan mandat kepada Presiden parti dan Perdana Menteri untuk membuat keputusan muktamad.

TMT : Apakah reaksi Dato mengenai spekulasi yang mengatakan bahawa setiausaha MIC Dato S.Murugesan akan bertanding disana?

SOTHI : Itu semua adalah spekulasi sahaja dan  belum ada sebarang pengumuman rasmi. Walau apapun, masyarakat harus terima bahawa senario politik sekarang ini telah  banyak berubah. Justeru, kita tidak boleh terlalu percaya pada spekulasi yang dikeluarkan di surat khabar.

Kita tidak perlu memberi sebarang pandangan berhubung sebarang spekulasi.

Bagi saya, BN memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk membawa cabaran di Teluk Kemang dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.  Kita berikan sepenuh kuasa dan mandat untuk pucuk pimpinan membuat keputusan.Tak perlu buat spekulasi kerana masanya semakin hampir. 

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads