Selasa, 26 Februari 2013

05 di mantin - Google Blog Search

05 di mantin - Google Blog Search


gambar kereta ferrari terbakar <b>di mantin</b>, negeri sembilan

Posted: 17 Mar 2012 04:47 AM PDT

Perghh…..apa la perasaan tuan empunya Ferrari nie yea. Sebak, hiba, sayu, patah hati? Kalau hondacup cabuk sendiri terbakar pun dah nak nangis nie kan pula kereta yang bernilai jutaan ringgit. Begini lah nasib sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin dekat Seremban, petang tadi.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Apa yang abgteror leh nasihatkan agar tuan kereta banyak-banyak bersabar yea. Kalau kebakaran berpunca dari kesilapan elektronik comfirm dapat claim balik sebijik Ferrari tu.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
GAMBAR KERETA FERRARI TERBAKAR DI MANTIN, NEGERI SEMBILAN, 10.0 out of 10 based on 1 rating

KERISMUDA: Program <b>di Mantin</b> Dalam,DUN Nilai

Posted: 02 Dec 2009 05:23 AM PST

Pada 22-11-2009 yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Mantin Dalam telah mengadakan Perasmian Penambahbaikan Gelanggang Sukan di Kg Mantin Dalam, Nilai, Negeri Sembilan.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sdr Shahrul Ekhsan telah turun padang merasmikan Gelanggang Sepak Takraw Kg Mantin Dalam yang telah dibaikpulih bagi membolehkan para belia beriadah dengan sukan sepak takraw. Dengan pembaikpulihan ini para belia boleh dengan selesa untuk beriadah kerana sebelum ini keadaan gelanggang yang sedia ada dalam keadaan menyedihkan. Gelanggang yang telah dibaikpulih ini turut dilengkapi dengan lampu dan ini membolehkan belia beriadah di waktu malam memandang waktu siang masing-masing mungkin sibuk bekerja.

Sdr Mohd Razif Razaly, Ketua Pergerakan UMNO Cawangan Mantin Dalam merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menyalurkan peruntukan pembaikpulihan tersebut juga kepada Sdr Sharul Ekhsan yang telah banyak membantu dalam mendapatkan peruntukan tersebut.


Sebagai pengisian majlis perasmian ini, Sdr Shahrul Ekhsan dan Sdr Rizal (Ketua Cawangan / Ketua JKKK Kg Mantin Dalam ) secara simbolik merasmikan gelanggang tersebut dengan menanam pokok di persekitaran gelanggang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads