ads

Rabu, 13 Februari 2013

05 di jempol - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


710 orang asli dapat lesen memandu melalui SKSJ <b>di Jempol</b> « S M <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2013 01:14 AM PST

JEMPOL 21 Jan. – Golongan belia yang masih belum mempunyai lesen motosikal kelas B2 disaran mendaftar dan mendapatkan manfaat daripada program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peluang tersebut seharusnya segera direbut kerana golongan belia akan mendapat lesen memandu dengan harga yang lebih rendah.

"Biasanya kalau mereka ambil lesen di pusat memandu, ia lebih mahal malah akan dikenakan caj untuk tenaga pengajar. Namun menerusi BL1M mereka hanya dikenakan bayaran serendah RM199 sahaja.

"Walaupun sebelum ini ada di kalangan mereka tidak pernah disaman walaupun tidak mempunyai lesen memandu, mereka harus sedar bahawa mereka tidak dilindungi sebarang insurans jika berlaku sesuatu kemalangan," jelasnya.

Mohamad berkata demikian ketika merasmikan Program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang di Dewan Orang ramai, Felda Palong Satu, dekat sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk V.S. Mogan dan Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad.

Katanya, golongan belia yang berusia 17 sehingga 40 tahun layak untuk mengikuti program tersebut yang mana mereka hanya perlu merujuk kepada pejabat Pemuda UMNO di kawasan masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Kerajaan sentiasa mencari formula untuk meringankan beban rakyat. Jadi tolong gunakan peluang ini dengan sebaiknya," ujarnya.

Mohamad juga mahu golongan warga emas membuang sikap malu untuk memiliki lesen biarpun mereka berpendapat faktor usia membataskan mereka untuk mengambil lesen motosikal.

"Sampai bila mahu disaman dan lari apabila melihat penguat kuasa membuat sekatan. Sudah sampai masa untuk kita memandu tanpa rasa takut.

"Menerusi program ini mereka tidak perlu menduduki ujian komputer kerana ia dilakukan dengan cara manual. JPJ faham golongan ini sukar menggunakan komputer malah latihan memandu juga dijalankan dengan cara yang lebih mudah," jelasnya lagi.

Pada majlis berkenaan, seramai 710 orang yang terdiri daripada warga emas dan masyarakat Orang Asli berjaya mendapat lesen memandu B2 menerusi Program Satu Komuniti satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Utusan Malaysia, 22 Januari 2013.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved