Sabtu, 10 November 2012

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


PaPa MiFz: Senarai Stesen NGV <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 26 Oct 2012 11:20 PM PDT

As salam semuo...

Keseluruhan nyer buat maso nih terdapat 11 buah stesen NGV di seluruh Negeri Sembilan :-

Petronas Bandar Baru Nilai
Lot 9252 Bandar Baru Nilai Mukim Labu,
Nilai 71800,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-8502029

Petronas Seremban 2
Jalan S2 B1, Lake View Square, Mukim Rasah, Seremban 2,
Seremban 70200,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6014297/6014298

Stesen Minyak dan Servis Petronas Lot C, Garden Avenue
Lot 6283, Bandar Seremban 2, Mukim Rasah,
Seremban 70300,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6015442

Stesen Minyak dan Servis Petronas Nilai Pajam
Lot PT 12874, Jalan Nilai-Pajam, Mukim Labu,
Nilai 71800,
Negeri Sembilan.
Telefon : 012-6315596

Stesen Minyak dan Servis Petronas Senawang Paroi
Lot 1682, Jalan Senawang Paroi, Mukim Ampangan,
Seremban 70400,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6796721

Stesen Minyak dan Servis Petronas Taman Semarak
Lot 4784 Jalan Semarak, Mukim Labu, Nilai Industrial Park,
Nilai 71800,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-7994430

Petronas Senawang
Batu 4 1/2, Jalan Seremban-Tampin,
Senawang 70450,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6783654

Stesen Minyak dan Servis Petronas Lot A, Garden Avenue
Lot 9359, Bandar Seremban 2,
Seremban 70300,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6016820

Stesen Minyak dan Servis Petronas Matahari Heights
Lot 1846 PN 648 Mukim Ampangan, Matahari Heights,
Seremban 70460,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6791187

Stesen Minyak dan Servis Petronas Senawang 2
Lot 2172, Jalan Tampin-Seremban, Mukim Rantau,
Seremban 70450,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6774432

Stesen Minyak dan Servis Petronas Seremban 2 - Heavy Duty
Jalan S2 B1, Lake View Square, Mukim Rasah, Seremban 2,
Seremban 70200,
Negeri Sembilan.
Telefon : 06-6014297 / 06-6014298

Kredit Fakta Bukan Auta kepada Petronas Dagangan Berhad

Tarbiyah awal bagi memperbaiki stigma budaya menyalahkan | N9 <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 11:17 AM PST

Nilai, 05 Nov - Matlamat Kerajaan Negeri membetulkan stigma masyarakat terhadap penyakit sosial melanda anak muda di negeri ini membuahkan hasil apabila semakin ramai anak-anak mendapat pendidikan agama Islam secara formal di usia awal.

Di atas, kenyataan Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar ketika berucap di Masjid Kuarters KLIA, Nilai, malam tadi.

Beliau turut menambah ketika menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Program j-Qaf, KAP dan SAR Peringkat Daerah Seremban, "2012 merupakan tahun ketujuh sejak ia diperkenalkan dan tahun ketiga Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai di adakan."

2010, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri diadakan di Stadium Tertutup Nilai dan tahun lepas (2011) di adakan di Padang Kompleks Belia dan Sukan Paroi (KOMBES).

Tahun ini diadakan berlainan dari tahun sebelumnya, kerana ia akan dilaksanakan di peringkat daerah-daerah yang turut  memberi peluang kepada ibu bapa khatam bersama anak mereka.

Majlis Khatam Al-Quran ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) dan Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.

Katanya, "Syukur Alhamdulillah, seramai 12,000 orang anak-anak diusia 12 tahun bakal khatam Al-Quran seluruh Negeri Sembilan."

Dari jumlah itu pula, seramai 6,612 orang pelajar diraikan di majlis khatam secara beramai-ramai sejurus selepas solat Maghrib, sebentar tadi." Tambah beliau.

Beliau turut melafazkan perasaan bangga dengan pencapaian yang diraih sejak program j-Qaf, KAP dan SAR di negeri ini dalam masa yang sama program serampang banyak mata ini dijangka melahirkan seramai mungkin masyarakat membudayakan ilmu serta mengetahui hal ehwal agama Islam.

Beliau  turut menegaskan, tidak ada gunanya, jika ramai anak muda cemerlang di dalam pelajaran, tetapi jiwa mereka kosong dan tandus.

Di tambah pula tiada keyakinan dan jatidiri di dalam membuat segala urusan dan keputusan.

Beliau turut berbesar hati melafazkan dedikasi ini kepada Pengarah JPNS, Pejabat Pelajaran Daerah, Ketua Sektor, guru besar-guru besar dan guru agama yang terlibat.

Ujar beliau, "tanpa komitmen semua pihak program serampang banyak mata ini sukar mencapai matlamatnya.

Matlamatnya, adalah tidak ada lain iaitu usaha mentarbiyahkan anak-anak diperingkat usia muda di peringkat awal." Katanya lagi.

Di majlis sama, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan turut beramah mesra dengan peserta Khatam Al-Quran.

Turut hadir, Dato' Abdul Halim Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hajah Kalsom Khalid, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.

Hadir sama, Dato' Hj Mat Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Bas Rempuh Lori <b>Di Nilai</b>, Dua Murid Parah | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 03 Nov 2012 10:26 AM PDT

- Nov 4, 2012 01:26:39.


++++++++

Di Nilai, Negeri Sembilan, dua murid sekolah rendah cedera parah apabila bas rombongan yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah lori.

18 lagi murid dan 3 guru pengiring cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang kejadian jam 8.30 pagi, berlaku berhampiran stesen komuter Batang Benar.

Ketika kejadian, 40 murid tahun tiga hingga enam Sekolah Kebangsaan Petaseh, Kuala Klawang, serta guru pengiring berada di dalam bas berkenaan.

Mereka dalam perjalanan ke Perak untuk lawatan sambil belajar selama sehari.

Tiba di lokasi kejadian, lori yang membawa muatan batu kerikil secara tiba-tiba keluar dari simpang dan merempuh bas berkenaan.

Rempuhan menyebabkan bas terbabas ke bahu kanan jalan, manakala lori terbalik.

Dua murid, Mohd. Zarid Farhan dan Mohd. Najmi Jumaat Ali, 11 tahun, yang cedera parah di bahagian kepala, menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Mereka dilaporkan stabil.

Pemandu lori yang cedera ringan ditahan polis untuk membantu siasatan.

Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads