ads

Khamis, 11 Oktober 2012

05 di jempol - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Politik Samseng : Ketua Cabang PKR <b>Jempol</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 08:17 PM PDT

SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga dan ternakan beliau. 
JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh menerima satu SMS berbentuk ugutan semalam berhubung peranan beliau menganjurkan aktiviti ceramah di kawasan Felda Serting Hilir 5 di sini.
Menurut Karip, SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi semalam, penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskannya, keluarga  dan ternakan beliau.
"Penghantar SMS itu turut mahu saya menghentikan program ceramah yang dilabelkannya sebagai ceramah pembohongan; kalau saya mahu kelurga saya dan ternakan saya selamat.
"Penghantar SMS itu turut mengingatkan saya jangan selalu anjurkan siri ceramah di Serting Hilir kalau saya mahu selamat dan memberitahu bahawa kaum wanita tidak akan berubah dan berani memusnahkan saya," dakwa Karip.

Justeru itu Karip membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Bandar Baru Serting petang semalam.

`Talian dimatikan'


"Saya cuba menghubungi nombor telefon individu yang menghantar SMS itu namun gagal kerana talian tersebut telah dimatikan.
"Saya berharap polis dapat siasat kes ini dengan serius dan tangkap individu yang menghantar SMS ini kerana menyebabkan keluarga saya berasa tidak selamat.
"Malaysia ini negara demokrasi dan bukan ini caranya untuk menzahirkan rasa tidak puas hati," ujar Karip.
SMS  ini dihantar selepas PKR Jempol mengadakan 'Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat' di Felda Serting Hilir 5 pada malam Selasa yang turut dihadiri oleh bekas penyanyi popular 90an Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali Aishah 'Janji Manismu' dan pelawak Leman Raja Lawak.
Berikut adalah kandungan penuh SMS tersebut tetapi telah diperbetulkan beberapa ejaan dan tatabahasa oleh FMT:
"Saudara Karip, awak saya ingatkan jangan selalu anjurkan Siri Ceramah di Serting Hilir ini kalau mahu selamat. Kami kaum wanita tidak akan berubah dan berani untuk memusnahkan kau. Kami tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan kau, keluarga kau dan ternakan kau bila-bila masa sahaja. Jadi kami mahu awak hentikan ceramah pembohongan itu faham, kalau mahu keluarga kau selamat dan ternakan kau."

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved