Sabtu, 28 April 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Homestay <b>di Negeri Sembilan</b> paling aktif | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 11:07 PM PDT

RANTAU : 28 April – Hasrat penduduk Kampung Sega untuk menjadikan perkampungan ini sebagai sebuah Homestay Sogo terlaksana hari ini setelah Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 orang peserta homestay yang diadakan di perkarangan rumah Puan Salmah Bt. Zainal, pagi  tadi.

Homestay Sogo ini diwujudkan bertujuan untuk menarik seramai mungkin pelancong dari dalam negara mahupun luar negara untuk menginap dan menikmati keunikan yang terdapat di dalam sesebuah perkampungan seperti tempat penginapan, budaya hidup penduduk, amalan kebersihan penduduk, kesopanan pengusaha-pengusaha homestay, keindahan kampung dan produk-produk pelancongan.

Aktiviti-aktiviti kemasyarakat turut akan diadakan iaitu persembahan kebudayaan, permainan tradisional, upacara menikmati minuman air kelapa, penghasilan kuih-kuih tradisional, perusahaan roti canai segera, penanaman dan penuaian buah salak, demontrasi penorehan getah, pemeliharaan ternakan darat dan ikan, serta akan diadakan aktiviti 'mengocar'.

Selain itu, aktiviti keagamaan turut akan diadakan seperti berzanji, bacaan ayat suci, majlis tahlil dan bacaan yassin. Upacara qurban juga turut disenaraikan menjadi aktiviti Homestay Sogo ini.

Kata Menteri Besar, Homestay di Negeri Sembilan adalah homestay yang paling aktif dan Homestay Sogo ini merupakan homestay yang ke-10 di dalam Negeri Sembilan.

"Homestay ini banyak membawa faedah terutamanya dalam sektor pelancongan dan di samping itu turut dapat menjana pendapatan melalui produk-produk yang dihasilkan," ujar beliau.

Jelas beliau, walaupun homestay ini akan berada di tengah-tengah pembangunan yang semakin pesat membangun namun ianya akan menjadi sebuah kampung tradisi yang penuh dengan budaya masyarakat kampung.

Beliau turut mencadangkan kepada para peserta homestay untuk wujudkan satu 'website' Homestay Sogo di mana akan terdapat maklumat-maklumat mengenai penginapan, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, produk-produk pelancongan yang dihasilkan dan sebagainya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut berkesempatan untuk mengagihkan anak-anak pokok serta baja kepada penduduk kampung, melawat kawasan persekitaran salah seorang peserta Homestay Sogo dan memberi makanan kepada ikan-ikan di dalam kolam.

Menteri Besar turut memperuntukan sebanyak RM2,500 kepada setiap peserta homestay bagi kegunaan membaiki sebarang kerosakan, mengecat rumah, dan kerja-kerja yang berkaitan untuk penambahbaikan rumah induk.

Hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En. Zaidi Bin Kassim; Wakil Pengarah Jabatan Kementerian Pelancongan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, En. Mohd Hazrin Bin Shuhaimi; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Tuan Haji Hashim Bin Bedu; Pengerusi Homestay Sogo, En. Abdul Aziz Bin Ahmad.

Oleh : Ainaa

Persatuan Pandu Puteri bergerak aktif <b>di Negeri Sembilan</b> | N9 Kini <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 05:55 AM PDT

PAROI, 27 April –Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2012 berlangsung di Centre Court, Paroi sejak pagi tadi dan berakhir pada sebelah petang telah mendapat penyertaan dari dua puluh buah sekolah di Negeri Sembilan.

Tahun 2012 merupakan tahun kedua pertandingan ini berlangsung dan terdapat peningkatan jumlah penyertaan.

Ianya turut mendapat pujian Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumuddin, Yang di-Pertua, PPPM Cawangan Negeri Sembilan merangkap isteri Menteri Besar Negeri Sembilan juga perintis bagi pertandingan tersebut.

Beliau hadir bagi merasmikan majlis penutup seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Di dalam ucapan beliau, beliau berbesar hati dan berbangga menerajui Pandu Puteri Negeri Sembilan kerana mendapat kerjasama baik jawatankuasa di peringkat Negeri, peringkat sekolah dan ahli-ahlinya.

Menurut beliau, Persatuan Pandu Puteri Negeri Sembilan semakin bergerak aktif di negeri ini dan pencapaian demi pencapaian diperolehi. Ini bermakna, PPPNS semakin popular dan di terima ramai.

"Pertandingan kawad kaki ini misalnya, antara aktiviti yang dapat memupuk semangat kerjasama, disiplin, toleransi, meningkatkan jati diri dan paling penting pembentukan pembawakan pasukan," tambah beliau.

Beliau turut menyeru agar setiap ahli perlu saling hormat menghormati di antara satu sama lain agar lebih banyak lagi kejayaan di perolehi di masa akan datang.

Terdapat dua kategori pertandingan kawad kaki iaitu kategori Tunas Puteri dan kategori Ranjer bagi merebut Piala pusingan YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.

Bagi kategori  Tunas Puteri, tempat pertama dimenangi oleh SK Wawasan, kedua SK Pedas dan tempat ketiga dimenangi oleh SK Palong 8 (F). Ketua platon terbaik di menangi oleh SK Wawasan.

Bagi kategori Ranjer pula, tempat pertama dimenangi oleh SMJK (C) Chan Wa, kedua SMK Bukit Mewah dan ketiga dimenangi oleh SMK Seri Perpatih. Ketua platon terbaik di menangi oleh SMJK Chan Wa.

Tuan rumah bagi tahun ini ialah SMK Bukit Mewah, Seremban 2.

Turut hadir, Dato' Zainab Nasir , EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dan En Amir Sharifuddin, wakil Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads