Sabtu, 28 April 2012

05 di rasah - Google Blog Search

05 di rasah - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Umno: Sukar <b>di Rasah</b>, mudah di Telok Kemang

Posted: 20 Apr 2012 10:39 PM PDT

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

PETALING JAYA: Umno Parlimen Rasah di Negeri Sembilan menghadapi masalah dalam  pilihan raya umum ke 13 kerana sikap pengundi Melayu termasuk ahli dan penyokong Umno tidak mahu menyokong BN.

Kata AJK bahagian, Shukor Jeemuan, "ia lebih sukar kerana pengundi muda langsung tidak mahu mendekati Umno."

"Saya boleh kata, 100 peratus pegawai kerajaan yang bekerja di KLIA tetapi mengundi di Parlimen Rasah tidak menyokong Umno.

"Manakala pengundi muda pula apa yang kerajaan BN buat sekarang cuma buang masa, mereka mahu Pakatan Rakyat memerintah.

"Hanya mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang menyokong BN (Umno)," katanya yang juga ketua Umno Kampung Jiam.

Bagaimanapun, tambah Shukor, BN boleh merampas semula kerusi Parlimen Rasah dari DAP jika penyokong BN bersatu.

`Bencana berakhir'

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah orang Cina tidak mahu menyokong calon Melayu BN, walaupun mereka boleh menerima calon bukan Melayu.

Parlimen Rasah dimenangi Anthony Loke, ketua Pemuda DAP selepas mengalahkan calon BN Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

Dalam tinjauan di Parlimen Telok Kemang yang kini diwakili PKR, Umno menyatakan parti itu akan merampas semula kerusi berkenaan dalam PRU 13.

"Bencana 2008 akan berakhir," kata seorang AJK yang tidak mahu nama disiarkan.

Pada 2008, Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas mengalahkan calon BN, Datuk S. Sothinathan dengan majoriti 2, 800 undi.

Menurut satu sumber, Tan Sri Isa Samad berkemungkinan besar akan dicalonkan bertanding di Parlimen tersebut dalam pilihan raya umum 13

Bila pintu jenayah mula dibuka...: jangan membawa wang <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2012 03:44 PM PDT

SEREMBAN: Perjalanan seorang ahli perniagaan selepas mengeluarkan wang RM47,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 259, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Plaza Tol Port Dickson, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit dipercayai baru mengeluarkan wang di sebuah bank di Rasah dalam perjalanan ke Senawang memandu kereta Nissan.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dilanggar dua kereta masing-masing Toyota dan Mercedes dinaiki tiga lelaki.
"Bagaimanapun, mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum suspek menghalang keretanya di hadapan dan belakang di tempat kejadian.

"Berikutan itu, mangsa yang tidak dapat melarikan diri terkejut sejurus melihat tiga suspek bertopeng meluru ke arahnya dipercayai membawa pisau dan memecahkan cermin kereta bahagian penumpang hadapan," katanya, semalam.

Sumber berkata, suspek mengambil wang RM47,000 yang berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan menoreh tayar kereta mangsa menggunakan pisau.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima kejadian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads