Sabtu, 24 Mac 2012

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Negeri Sembilan</b> Esok

Posted: 18 Mar 2012 07:43 PM PDT

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata gangguan bekalan air di Kuala Pilah dan Tampin bermula dari pukul 8 pagi Selasa hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac).

Gangguan bekalan air di Jempol pula bermula dari 8.30 pagi Selasa hingga 8.30 malam Rabu, katanya di sini hari ini.

Azlan berkata kerja penyelenggaran loji berjadual dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Katanya bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads