ads

Sabtu, 24 Mac 2012

05 di serting - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di serting - Google Blog Search


Program Gerak Gempur Pemuda UMNO Jempol - Utusan Malaysia <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 01:13 PM PDT

Program Gerak Gempur Pemuda UMNO Jempol

Program Gerak Gempur Pemuda UMNO Jempol

JEMPOL 19 Mac - Seramai 40 orang yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU), orang kurang kemampuan serta warga emas di sekitar Felda Serting Hilir Kompleks, dekat sini menerima bantuan, semalam.

Bantuan berupa barang keperluan harian itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Samsulkahar Mohd. Deli menerusi program Walkabout Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO Jempol.

Setiausaha program, Asfarudin Ramli berkata, program itu diadakan bagi mendekatkan diri dengan warga Felda yang kurang bernasib baik dan seterusnya meringankan beban mereka.

"Ada di antara mereka yang terlantar dan tidak dapat keluar dari rumah. Jadi kita yang sihat ini datang ke rumah mereka dan bertanya khabar.

"Mereka juga dibantu menerusi sumbangan barang keperluan harian. Walaupun sumbangan ini kecil ia diharap dapat meringankan beban mereka," katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Razali Buyung Ahmad, 34, melahirkan rasa terharu dengan kunjungan tersebut.

"Kemalangan yang berlaku 13 tahun lalu telah mengubah hidup saya. Ketika itu motosikal yang saya bawa merempuh seekor lembu.

"Akibat kejadian itu, saya lumpuh seluruh badan. Kini saya hanya terlantar di katil," ujarnya.

Muhd. Alizan Zakaria, 24, pula terpaksa menerima ketentuan Ilahi apabila kepalanya mula besar, tidak dapat melihat dan lumpuh sebelah badan setelah mengalami demam panas semasa baru dilahirkan.

Abangnya, Rizal Mat Diah, 39, berkata, adiknya hanya terlantar di katil dan terpaksa diangkat apabila mahu dimandikan.

"Kami ada terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan. Kalau ada pihak yang sudi membantu, saya amat memerlukan kerusi roda atau katil yang selesa untuknya," kata Rizal.

Program selama hampir tiga jam itu turut melibatkan 120 peserta konvoi bermotorsikal.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol, Mohd. Nizam Aman dan Ketua Umno Cawangan Felda Serting Hilir 4, Muhammad Ismail.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved