Rabu, 15 Februari 2012

05 di rembau - Google Blog Search

05 di rembau - Google Blog Search


<b>REMBAU</b> HARI INI: Tawaran Menaja Sistem PA untuk Surau <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 01:26 AM PST

Surau Taman Chembong Utama di Rembau memohon sumbangan kewangan untuk membeli peralatan sistem pembesar suara (PA System) yang amat diperlukan untuk aktiviti harian, majlis ilmu serta ceramah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Akaun CIMB Rembau atas nama SURAU TAMAN CHEMBONG UTAMA , No Akaun 0501-0002587-20-5

Semoga dengan sedikit sumbangan kita di dunia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti, insyaAllah.

Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi menyumbang serta sudi memanjangkan (forward) hajat saudara kita dari Taman Chembong Utama.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK Surau di 014-2268837

Gangguan bekalan air <b>di</b> Tampin, <b>Rembau</b>, Jempol, Sikamat | N9 <b>...</b>

Posted: 12 Feb 2012 10:53 PM PST

SEREMBAN: 13 Feb – Beberapa kawasan di Tampin , Rembau, Jempol dan Sikamat akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja-kerja pencucian dan penyelenggaraan kolam serta pengalihan paip.

Pengurus Khidmat Pelanggan dan Hal Ehwal Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Azlan Abdul Aziz, berkata gangguan bekalan air mulai jam 8 pagi hingga 5 petang di Tampin membabitkan Taman Bukit Tampin, Taman Sri Berlian, Taman Sri Intan, Taman Woon Estet, Jalan Seremban-Tampin, Kampung Ulu Chenderam, Taman Rasa Sayang, Taman Suria dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin.

"Di Rembau, gangguan bekalan air mulai jam 9 pagi hingga 3 petang membabitkan sebahagian kawasan perindustrian Chembong iaitu Harmy Dev Sdn Bhd, MMK Engineering Sdn Bhd, FD Industrial Sdn Bhd, Mazumi Industry Sdn Bhd, 3R Quest Sdn Bhd dan Econ Industries Sdn Bhd serta seluruh Kampung Baru Air Hitam, Chembong," katanya di sini, hari ini.

Di Jempol pula, gangguan bekalan air mulai jam 10 pagi hingga 10 malam membabitkan seluruh kawasan Felda Palong 7 dan Palong 8.

Selain itu, gangguan bekalan air mulai jam 10 malam (14 Februari) hingga 10 pagi (15 Februari) di Sikamat di sini membabitkan Rumah Rakyat Sikamat, Kampung Baru Sikamat, Taman Megaway, Taman Desa Kiara, Taman Jujur, Taman Coral Height, Pulai Impian, Taman Sri Pulai 3, Taman Rashibah dan seluruh kawasan Sikamat.

Azlan berkata, bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Katanya, beberapa kawasan tinggi juga dijangka mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Beliau meminta pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads