Khamis, 6 Oktober 2011

05 di kuala pilah - Google Blog Search

05 di kuala pilah - Google Blog Search


23000 kenderaan guna jalan Seremban-<b>Kuala Pilah</b> sehari : N9 Kini

Posted: 22 Sep 2011 05:00 PM PDT

SEREMBAN 23 Sept. – Kerajaan negeri berharap kerajaan Pusat akan memberi pertimbangan meluluskan projek menaik taraf jalan antara Ulu Bendul hingga ke Kuala Pilah pada pembentangan Bajet 2012 bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, projek itu perlu diberikan keutamaan memandangkan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan Seremban-Kuala Pilah telah meningkat sehingga 23,000 buah sehari.

Beliau berkata, cadangan untuk menaik taraf laluan itu melibatkan lokasi berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Bendul hingga ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah sejauh kira-kira 15 kilometer.

"Pada masa ini, laluan antara Ulu Bendul hingga ke pekan Kuala Pilah sering mengalami kesesakan terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.

"Para pengguna laluan itu dan penduduk di Kuala Pilah meminta jasa baik kerajaan mempercepatkan projek menaik taraf itu bagi mengatasi masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan promosi Karnival Memancing 2011 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Cawangan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKR negeri, Ir. Datuk Dr. Roslan Md. Taha dan Pengerusi kelab tersebut, Shamsul Munir.

Ismail menarik perhatian, projek itu juga bakal melengkapkan keseluruhan usaha naik taraf Jalan Seremban-Kuala Pilah yang mana komponen utamanya iaitu Jalan Bukit Putus sudah pun dinaik taraf dan digunakan sejak 25 November 2009.

Jelasnya, sejajar dengan pembukaan jalan sejauh 6.9 kilometer itu yang menelan belanja RM109 juta, jalan antara simpang Paroi hingga ke kaki Bukit Putus sejauh 2.1 kilometer turut dinaik taraf dengan kos sebanyak RM14.4 juta.

Tambahnya, pada masa ini, kerja menaik taraf jalan dari puncak Bukit Putus hingga ke SK Ulu Bendul sedang rancak dijalankan yang dijangka siap pada Jun 2012.

"Pembinaan jalan ini telah memberi keselesaan kepada para pemandu dari Seremban hingga ke Ulu Bendul tetapi pengguna masih berdepan dengan kesesakan selepas itu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads