ads

Ahad, 25 September 2011

05 di tampin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di tampin - Google Blog Search


PinkyPicasa: Dipukau USTAZ, hilang RM17 000

Posted: 21 Sep 2011 07:17 PM PDT



Seorang kaunselor kerugian lebih RM17,000 selepas dipercayai dipukau lelaki yang mendakwa dirinya dari sebuah sekolah agama pondok di Brunei, di sini, kelmarin.


Mangsa, Che Rozita Che Rahman, 35, berkata, ketika itu dia berada di sebuah kedai telefon di Tampin Square di sini, sebelum didatangi seorang lelaki.Menurutnya, ketika itu dia sedang berurusan di kedai berkenaan untuk membaiki telefon bimbitnya yang rosak kira-kira jam 11 pagi.


Seorang lelaki berusia 20-an memperkenalkan dirinya sebagai penuntut sekolah agama pondok dari Brunei yang sedang menjalani latihan amali di negeri ini.Lelaki itu bertanyakan jalan ke sebuah kedai buku dan meminta saya menerangkan bagaimana hendak ke sana. Rozita yang bekerja di sebuah pusat kaunseling berkata, dia memberitahu lelaki itu kemungkinan kedai buku yang dicari itu terletak di belakang sebuah stesen minyak.


Bagaimanapun, lelaki itu meminta dia supaya bertanyakan kepada seorang lelaki lain yang berada berhampiran mengenai lokasi sebenar kedai itu.Dia terus bertanya dan lelaki itu memberitahu kedai dimaksudkan terletak di depan Pasar Tampin


Menurutnya, lelaki 'Brunei' itu turut meminta bantuannya memberikan sebiji batu permata berwarna coklat dan merah kepada lelaki yang menunjukkan arah kedai buku itu sebagai tanda terima kasih kerana membantu yang dipercayai rakan subahat suspek pertama.


Che Rozita berkata, lelaki yang mendakwa bakal ustaz itu memberitahu batu permata terbabit mempunyai 1001 macam kegunaan.Dia kata, kalau batu itu direndam dalam air kelapa muda, air kelapa itu akan bertukar menjadi hijau seperti warna kulitnya. Malah dia turut mengeluarkan sebilah mata pisau cukur kemudian meminta Rozita menggenggam batu berkenaan dan bertindak menghiris tangan kanan yang menggenggam batu itu, ajaibnya tangannya tidak luka


Menurut Rozita, selepas itu, lelaki terbabit mengajaknya makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera. Sambil berbual lelaki itu memintanya menanggalkan kesemua barang kemas dan dimasukkan ke dalam satu sampul surat. Dalam keadaan khayal, dia menurut apa saja arahan termasuklah menyerahkan kad bank. Selepas itu, saya tidak mengingati apa lagi dan pulang semula ke pejabat.


Apabila sedar Rozita mendapati barang kemas kepunyaannya iaitu satu rantai leher, masing-masing dua gelang tangan dan cincin serta kad bank sudah tiada


Malah kata Rozita, dia percaya kehilangan barang kemas dan kad bank itu berpunca daripada dua lelaki termasuk orang awam itu yang berniat jahat dan bersubahat untuk memukau dirinya. Dia sempat melaporkan mengenai kehilangan kad ATM. Bagaimanapun, suspek mengeluarkan RM2,000 di sebuah mesin ATM di sebuah pusat beli-belah di Jalan Seremban.


Rozita terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk membuat laporan dan memohon pihak polis membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan bagi mengenal pasti suspek


Bengang betul dengan orang yang pukau orang untuk dapatkan duit. Pergi la kerja. Ni senang2 nak ambil duit orang. Ayah Picasa pernah kena pukau depan mata Picasa. Ingatkan itu kawan abah, siap bersembang elok! Nasib baik la cuma RM90 ajer dalam poket. 2 pun banyak jugak kan. Lagi satu bab2 menyamar ala2 ustaz @ pelajar agama. Habis busuk nama diaorg







www.tips-fb.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved