ads

Isnin, 19 September 2011

05 di kuala pilah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di kuala pilah - Google Blog Search


Pembangunan Tanah Adat <b>di Kuala Pilah</b> |

Posted: 14 Jun 2011 08:14 PM PDT

Sumber daripada Laporan Penemuan & Strategi Pembangunan RTD Kuala Pilah  terdapat beberapa kekangan di dalam usaha untuk membangunkan tanah adat iaitu:

1. Perbezaan Keluasan Tanah

  • Terdapat lot-lot tanah adat yang kecil dan kedudukannya yang berselerak menyebabkan tanah tersebut sukar untuk dizonkan dan dimajukan dengan gunatanah yang bersesuaian

2. Pemilikan Tanah

  • Terdapat dua isu utama berkaitan pemilikan tanah adat iaitu pemilik yang ramai bagi setiap lot dan kekangan tukar milik.

3. Pemilikan Yang Ramai

  • Persetujuan semua penama ada kalanya sukar diperolehi bagi tujuan untuk memajukan tanah. Di sini peranan Datuk Lembaga diperlukan untuk membuat keputusan bagi pihak pemilik tanah untuk memberikan kebenaran untuk memajukan tanah, khususnya tanah terbiar.

4.  Kekangan tukar milik

  • Pemaju atau pengusaha akan mengalami masalah untuk mengusahakan tanah tersebut sebagai gadaian atau cagaran disebabkan kekangan dari segi penukaran hak milik.

5. Keutamaan Pembangunan Ke Atas Tanah Milik

  • Pemaju tidak memberikan perhatian untuk memajukan tanah adat disebabkan akan sukar untuk diberi milik.

6. Tiada Tekanan Membangunkan Tanah Adat

  • Kawasan Bandar : Pembangunan pembandaran di Daerah Kuala Pilah adalah agak perlahan dan tidak memerlukan tekanan untuk membangunkan tanah adat di kawasan bandar kerana masih terdapat tanah milik yang masih luas.
  • Kawasan Luar Bandar : Tanah adat yang berpotensi untuk mengalami tekanan pembangunan hanya melibatkan lot-lot di sepanjang jalan utama Kuala Pilah – Seremban khususnya di Mukim Terachi dan di jalan utama Kuala Pilah – Jempol. Walaubagaimanapun trend pembangunan dijangka akan menerima pembangunan yang agak perlahan.

7. Tiada Keperluan Tukar Hak Milik Bagi Pembangunan Tanah Adat Kawasan Luar Bandar

  • Sebahagian besar tanah adat di kawasan luar bandar khususnya di Mukim Terachi, Juasseh dan Johol merupakan tanah pertanian dan masih berpotensi untuk dikekalkan dengan aktiviti pertanian dan perternakan. Pemajuan tanah untuk aktiviti pertanian sama ada diusahakan oleh agensi kerajaan seperti FELCRA dan RISDA mahupun agensi swasta tidak memerlukan penukaran hak milik. Ini kerana pengusaha berkenaan tiada keperluan untuk mengadai atau mencagar tanah yang diusahakan.

8. Tanah Terbiar

  • Masih terdapat banyak tanah adat yang luas yang tidak diusahakan. Tanah pertanian terbiar tidak diusahakan kerana tiada sistem pengairan , pemilik yang sudah lanjut usia dan kurang minat ahli keluarga untuk mengusahakannya kerana telah mempunyai pekerjaan tetap yang lain.
  • Terdapat tanah adat bagi kegunaan kampung/ kediaman yang tidak didiami disebabkan pemilik utama telah meninggal dunia dan pewaris telah berhijrah ke tempat lain.

9. Kekangan Adat

  • Kekangan adat sering menjadi isu dan penyebab ketiadaan pembangunan di atas tanah adat. Ini adalah kerana pemilikan tanah hanya boleh diwarisi kepada perempuan dari suku yang sama dan tanah adat tidak boleh berpindah tangan kepada bukan suku yang sama. Ini kerana tanggapan yang menyatakan bahawa pemilik perlu kewangan yang kukuh untuk memajukan tanah di samping nilai tanah yang rendah apabila dicagarkan kepada institusi kewangan bagi tujuan projek pembangunan.

10. Nilai Tanah Yang Rendah

  • Jurunilai tanah secaranya amnya akan meletakkan tanah adat pada nilai yang lebih rendah. Ini disebabkan faktor tanah adat tidak bebas untuk ditukar milik.

11. Kewangan

  • Terdapat dua isu utama berkaitan sumber kewangan iaitu pemilik tanah adat tidak mampu untuk melaksanakan sesuatu projek dan tiada sokongan dari institusi kewangan

12. Pemilik Mahu Terus Kekal Gunatanah Semasa

  • Pemilik tanah adat yang berkemampuan di kawasan bandar lebih gemar untuk mengekalkan status tanah sebagai tapak kediaman mereka. Antara faktor utama tidak berlakunya proses menukar syarat tanah ini adalah disebabkan pemilikan yang ramai bagi sesuatu lot tanah.

Strategi Memajukan Tanah Adat

Beberapa strategi telah digariskan bagi mengatasi masalah pembangunan tanah adat iaitu:

  1. Mengenalpasti Tanah Adat yang berpotensi sebagai Pusat Pertumbuhan Daerah atau kawasan pertanian;
  2. Membangunkan tanah adat yang melibatkan pembangunan fizikal tanpa melibatkan pertukaran hak milik melalui konsep pinjaman tanah bagi tempoh 30 tahun (aktiviti perkilangan), 66 tahun atau 99 tahun.
  3. Menyediakan dana khas pembangunan tanah adat oleh Kerajaan Negeri;
  4. Menubuhkan badan atau agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus pembangunan tanah adat yang dianggotai Lembaga Adat. Tanggungjawab badan/agensi adalah untuk memelihara kepentingan pemilik tanah dan memastikan pembangunnya tidak melibatkan penukaran hak milik tanah adat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved