Isnin, 19 September 2011

05 di juasseh - Google Blog Search

05 di juasseh - Google Blog Search


Menteri Besar meluangkan masa hadir <b>di</b> Rumah Terbuka DUN <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 05:26 AM PDT

JUASEH, 18 September – Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan petang ini telah meluangkan masa  mengunjungi rumah terbuka ADUN Juaseh, Dato' Mohamad Radzi Kail, Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di perkarangan pejabatnya dengan tema 'Majlis Mesra Aidilfitri Peringkat DUN Juasseh.'

Kehadiran para pengunjung tidak putus-putus menjadiakn majlis bertambah meriah bagi meraikan suasana perayaan Aidilfitri yang sekali di sambut dengan hari Kemerdekaan ke 54 tahun.

hampirt 2000 orang pengunjung dari berbilang bangsa yang hadir dan paling istimewa ianya turut dikunjungi oleh 'Kelab Permotoran Kuasa Tinggi Negeri Sembilan'.

KUALA KLAWANG, 18 September – Menteri Besar Negeri Sembilan juga sempat mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Dato' Yunus Rahmat, ADUN Klawang merangkap Pengerusi Jawatan kuasa Bertindak Pertanian, Industri, Asas Tani, Pembangunan, Usahawan dan Koperasi yang di adakan di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang.

Para pengunjung yang berpusu-pusu hadir sejak pukul 2.00 petang dianggarkan seramai 2000 orang dan dihiburkan oleh nyanyian anak-anak jati Jelebu.

Kunjungan Menteri Besar di Rumah Terbuka ADUN Klawang juga di manfaatkan oleh para pengunjung untuk beramah mesra dengan lebih dekat lagi.

Turut sama di Majlis Rumah Terbuka DUN Klawang ialah Undang Luak Jelebu iaitu YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Musa A. Wahab.

YB. Dato'  Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan turut hadir di kedua-dua Rumah Terbuka EXCO Kerajaan Negeri.

Sementara EXCO Kerajaan Negeri yang turut hadir ialah Dato' Ismail Lasim, Dato' Ismail Taib, Dato' Hasim Rusdi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads