ads

Selasa, 2 Ogos 2011

05 di port dickson - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di port dickson - Google Blog Search


Ribut <b>Di Port Dickson</b> 30 Jul 2011 | Minda Cemerlang

Posted: 30 Jul 2011 07:58 AM PDT

PORT DICKSON, 30 Julai — Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Ribut di Port Dickson 30 jul 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
makanan minda
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

perbarisan tamat latihan | Abg Chob Cikgu Website

Posted: 01 Aug 2011 12:08 AM PDT

The National Blue Ocean Strategy…. Perbarisan tamat latihan serentak ATM dan PDRM di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson Sabtu lepas menyaksikan satu sejarah baru tercipta hasil buah fikiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

perbarisan tamat latihan

perbarisan tamat latihan

Aku dapat lihat satu paduan kerjasama yang tiada tolok bandingnya apabila lebih 3000 anggota perajurit muda ATM dan konstabel Polis dengan penuh segak mempamerkan satu persembahan kawad yang mengagumkan.

Bukan kerja mudah untuk menyelaraskan dua pasukan sebegini ramai. Mendengar perintah kawad dari seorang RSM yang suaranya macam halilintar membelah padang kawad yang begitu besar. Namun kerjasama jitu membuktikan tiada yang mustahil. Ia terbukti boleh dilakukan.

lambaian PM tabik satu malaysia

Lambaian PM

Betapa bangganya aku melihat para pegawai dan anggota dari kedua2 pasukan berjabat tangan erat dan saling berbalas2 senyuman. Fenomena sebesar dan sehebat ini ini tak pernah aku lihat sebelum ini baik secara live atau pun dari media. Terpancar keikhlasannya. Jika sebelum ini ATM dan Polis dilihat sebagai 2 pasukan keselamatan yang realiti hubungan antara keduanya tak berapa "ERAT" sebab masing2 bergerak di dalam silo tersendiri. Tapi tanggal 30 Julai 2011 menyaksikan tembok pemisah tersebut telah berjaya dirobohkan. Sekalung tahniah buat PM kita. Aku tabik kat Dato Najib. Tabik Satu Malaysia!

Aku sampai kat Pusasda sejak pagi Jumaat dalam keadaan hujan lebat. Masa aku sampai raptai awal bermula jam 8 pagi tadi dah bersurai. Sebab hujan lebat. Raptai kedua jam 10 pagi sepatutnya bermula tapi di batalkan sebab hujan lebat langsung tak mahu reda. Aku bayangkan kalaulah keadaan sama macam ni pagi besok…tentu akan menjejaskan perbarisan tamat latihan bersejarah ini. Alhamdulillah sekitar jam 11.30 pagi Jumaat, hujan berhenti terus dan tak semena2 panas terik. Padang kawad yang tadinya basah lencun sekejap saja dah kering kontang. Perfect untuk latihan kawad. Tapi rehearsal tetap tak diteruskan kerana dah tergelincir dari jadual asal. Aku keluar bersiar santai ke Telok Kemang, makan2 dan berehat

Malam tu setelah mendapatkan lokasi parking yang sesuai aku landing kat mesjid Pusasda jer. Kalau aku ambil homestay kat luar pasti sangkut jamp giler awal pagi besok. Yela laluan PM. Gerenti sesak punyer… memang tepat sangkaan aku. Waris2 mula berpusu2 masuk ke kem seawal jam 10 malam tak ubah macam semut hitam masuk sarang. Paking lot semua penuh. Mesjid penuh sampai ke perkarangan. Bilik air mesjid pun turut tersumbat! Punyer la ramai manusia!!

Seawal jam 4 pagi grandstand semuanya penuh. Masing2 ambil kedudukan awal dan pilih tempat yang strategik nak tonton peristiwa bersejarah. Aku tak tahu la mereka ni ambil giliran sembahyang subuh ke tidak! Wallahua'lam…. Tapi mesjid penuh dengan jamaah subuh. Lepas berwuduk, aku solat dalam keadaan terkuncil saja pagi tu. Tak lalu aku nak jejakkan kaki masuk ke bilik air. Naik geli geleman aku tengok keadaannya. Selesai solat aku kembali ke grandstand tunggu hingga jam 8 majlis bermula. Seorang demi seorang orang2 besar sampai. Bermula dengan Komandan, dikuti KPN, Panglima ATM, Menteri Pertahanan Dato' Zahid, Dato' Menteri Besar NS akhirnya PM tiba tepat jam 9.30 pagi. Lagu Negaraku dilaungkan bergemuruh penuh bersemangat. Berdiri bulu romaku. Jangan main2 dengan kuasa PERPADUAN…… memang menggerunkan…

Upacara perbarisan bermula dengan cukup cantik. PM melakukan pemeriksaan perbarisan dengan menaiki jeep. Sampai kat penonton di tepi padang beliau sempat melambai sambil menunjuk isyarat 1 Malaysia. Maknanya kena bersatu la……. Bukan dia nak apa2 dari kita… pakat2 pangkah dia sudah la… barulah dia ada mandat nak buat kerja… Kalau tak … tentu huru hara punyer… mahu tidaknya… yang tak pernah masuk sekolah memandu pun ingin nak jadi drebar…. bahaya tu….

bumbung kena ribut

pentas utama hilang bumbung

PM selesai berucap, bangun meninggalkan pentas utama ke mana aku tak tahu la…pi soru kot kat dewan makan atau beredar erus kemajlis kat tempat lain pulak. Kita faham jadual dia memang padat. Pada ketika inilah Allah takdirkan satu kejadian yang luarbiasa berlaku. Dengan tak semena2 langit jadi gelap. Gumpalan awan hitam tiba2 saja berkumpul betul2 atas kepala kami. Hujan kasar mula menyiram. Macam siraman air menyurai penunjuk perasaan perhimpunan "bersih" tempoh hari.

Diikuti angin kencang yang berputar2. Sekelip mata bumbung sebelah pentas utama habis diterbangkan. yang tinggal hanya tiang kerangka besi. Penonton bercempera lari menyelamatkan diri masing2.

ada yang cedera....

Tak habis setakat itu, beberapa batang pokok besar sekitar kem turut sujud menyembah bumi. Aku tak nampak apa yang berlaku di luar ke kem. Aku perasan memang banyak kenderaan yang diletakkan di sepanjang laluan masuk ke kem. Semuanya berlaku dengan pantas.

Hujan tiba2 reda. Ribut tiba2 hilang. Aku memberanikan diri keluar buat tinjauan bersama ramai yang lain.

tumbang...

Ohh.. syukur tak ada yang cedera parah. Adalah seorang dua yang calar2 kena zink melayang dan genting pecah yang jatuh. Tak ada yang patah2. Tapi suasana masih cemas. Ambulan Pertahanan Awam dan dari Hospital PD menjerit2 datang. Membawa yang cedera ke hospital. Aku cuba hubungi 2 orang anak2 aku yang terpisah semasa mengambil perlindungan tadi. Aku yakin mereka selamat, cuma nak pastikan dimana mereka berada. Keadaan terlalu sesak . Aku tak nampak mereka. Aku cuba call tapi line Maxis sudah "KONG". Aku pakai Celcom. Aku boleh call keluar tapi anak aku tak terima. Bila mereka cuba call aku, yang aku dapat hanyalah auto mesej miss call. Waduh…… gawat banget!! Jadi aku belajar satu hikmah di sini. Jangan terlalu yakin dengan kehebatan teknologi komunikasi yang ada. Semuanya boleh lumpuh dan jadi tak bermanfaat langsung dalam keadaan yang Allah tak izinkan. Jadi yakinlah kepada yang kuasa yang Maha Hebat, bukannya teknologi ciptaan manusia.

Sebaik keadaan reda, aku kumpulkan anak2 dan isteri kat perkarangan mesjid kem. Kita merangka aktiviti seterusnya setelah berjaya melalui ujian Allah sebentar tadi. Setelah bergambar kenang2an dan makan2 apa yang patut, kami mendoakan keselamatan buat anak sulong aku yang kini sudah bergelar perajurit muda. Kami pun teruskan perjalanan….

tenggelam

tenggelam....

anak belum bangun tidor...

anak belum bangun tidor...

terbeliak

terbeliak...

otw balek....berehat sekejap kat medan ikan bakar terapung sg baru melaka

Share on Facebook

Tags: , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved