ads

Isnin, 2 Jun 2014

05 di rembau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di rembau - Google Blog Search


Ramai rupanya yang hidup susah <b>di Rembau</b> - Syarak Mengata <b>...</b>

Posted: 29 May 2014 02:48 AM PDT



Ini ialah kes ke 3 yang disiarkan akhbar dalam tempoh sebulan di Rembau. Mungkin banyak lagi kes seperti ini? Adakah masyarakat sekitar menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab membantu keluarga seperti ini kepada JKM, Baitulmal, ADUN atau Ahli Parlimen? Kita di Rembau perlu lakukan sesuatu, kerana ramai saudara mara kita duduk di luar Rembau tidak mengetahui kisah penderitaan orang kampung di sini.
Saya yakin, ramai yang ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk lampin dewasa, katil beroda, katil khas, kerusi roda, pembayaran bil air dan elektrik secara atas talian, beras, gula dan makanan asas yang lain.
Masjid-masjid yang mempunyai simpanan kewangan yang banyak pun sepatutnya memainkan peranan dalam membantu ahli kariah mereka.
Sesiapa yang ingin membantu sila hulurkan terus bantuan sebaiknya dalam bentuk barangan keperluan kepada keluarga ini.
Jika hendak dihulurkan melalui saya sila e-mel ke rozmal@yahoo.com atau SMS 012-2267406 atau PM FB : Rozmal
TABAH JAGA SUAMI TERLANTAR
29 Mei 2014 REMBAU - Melihat keadaan suami yang terlantar lesu, hatinya sedih dan sayu. Namun, Norpiah Majid, 67, menerima dugaan itu dengan kuat dan tabah demi meneruskan kelangsungan hidup. Suaminya, Abdul Latif Osman@Othman, 77, berhenti kerja setelah mengalami masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi, sejak setahun lalu.
Keadaannya itu menjadikan Abdul Latif yang dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan di bengkel Mara, terpaksa bergantung harap pada isteri dan ahli keluarga untuk mengurus diri.
"Kini, dia terlantar sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang kerana tidak mampu bergerak lagi. Malah saya juga harus membantu menyuapkan makan dan minum suami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Batu Hampar, dekat sini.
Tambah Norpiah, suaminya merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM200.
Namun kata Norpiah, semua bantuan itu digunakan  untuk keperluan suaminya dan ubat-ubatan mereka sekeluarga memandangkan dia serta anak-anaknya juga menghidap penyakit kronik.
"Kadang-kala saya berasa sangat sedih apabila diuji seperti ini. Suami terlantar sakit, sementara anak-anak saya pula silih berganti ditahan di wad hospital.
Menurutnya, dia amat berharap agar permohonannya untuk mendapatkan katil khas diluluskan segera bagi memudahkan dia menguruskan suaminya terlantar sakit.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved