ads

Selasa, 3 Jun 2014

05 di jempol - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di jempol - Google Blog Search


Masalah jalanraya <b>di</b> daerah <b>Jempol</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 13 Jun 2011 12:07 PM PDT

Assalamualaikum,salam satu malaysia..

Saya mewakili seluruh pengguna jalanraya di Daerah Jempol hendak menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan jalanraya di daerah kami.Terutamanya jalan dari kawasan MAHSAN ke Bandar Seri Jempol yang tidak rata membahayakan  keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang menggunakan jalan ini untuk pergi ke Temerloh,Muadzam dan ke Bahau.

Tambahan lagi pihak yang memperbaiki jalan ini hanya menampal sahaja lubang-lubang di jalan itu dengan bahan yang tidak berkualiti dan mudah pecah serta ini boleh menyumbang kemalangan jiwa pada ketika hujan lebat. Untuk pengetahuan Aduan Rakyat saya terpaksa menukar suspensi kereta saya sebanyak 4 kali sepanjang 2 tahun dibeli.

Ini disebabkan keadaan jalan yang tak ubah macam litar perlumbaan rally membuat saya tidak selesa untuk pergi bekerja dari Bandar Seri jempol ke Bahau setiap hari. Adakah jalan ini hanya diperbaiki tiap kali pilihanraya berlangsung? Mana perhatian ADUN tentang keselamatan rakyat yang menggunakan jalan ini/ Saya harap pihak Aduan Rakyat dapat mengambil perhatian berkenaan masalah ini agar tidak lagi berlaku kemalangan jiwa yang meragut nyawa orang-orang tersayang.

sekian terima kasih,

Yang Prihatin

By: SHAFRIZAL

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved