Selasa, 20 Mei 2014

di negeri sembilan - Google Blog Search

di negeri sembilan - Google Blog Search


Buaya-buaya liar antara keajaiban <b>di Negeri Sembilan</b> - Syarak <b>...</b>

Posted: 11 May 2014 07:30 AM PDT

Mungkin ramai antara kita tidak mengetahui bahawa terdapat lebih daripada 3000 ekor buaya di Sungai Linggi sehingga ke Sungai Rembau di Negeri Sembilan.
Dikatakan buaya-buaya Negeri Sembilan ini dahulunya hormat kepada ulama-ulama di Negeri Sembilan, antaranya Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa'id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi dan Almarhum Tuan Guru Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa.
Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa'id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi , seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Sa'id merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun kerana mahu mandi juga, beliau tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.
Tuan Guru ini ialah Haji Ahmad @ Ali Bin Haji Musa. Allahyarham Haji Ali mula berguru dengan Tuan Sheikh Ahmad Said Mufti Negeri Sembilan di Pondok Rasah, Seremban lebih kurang 5 tahun dalam tahun 1930an. Malam hari kematian Tuan Guru Hj Ali, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Muridnya bernama Zamri Zakaria dan Haji Nizarfar Hamthan menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai.
Adalah sewajarnya buaya-buaya di Sg Linggi dan Sg Timun di Rembau diisytiharkan sebagai satu keajaiban di Negeri Sembilan yang mempunyai kaitan dengan ulamak di Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads