05 di teluk kemang - Google Blog Search |
Laporan bergambar program OneSky <b>di</b> Baitul Hilal <b>Telok Kemang</b> <b>...</b> Posted: 11 May 2014 03:46 AM PDT Alhamdulillah, program #OneSky yang dijalankan di Baitul Hilal Teluk Kemang telah berjalan dengan lancar. Walaupun pada awalnya, kami ditemani dengan gugusan awan yang tebal dan hujan gerimis, malah Bulan tidak kelihatan langsung, beberapa peserta yang datang awal tidak mahu mengalah dan terus memasang teleskop-teleskop yang dibawa untuk 'siap sedia' digunakan jika cuaca mengizinkan. Sekitar jam 10 malam, dan selepas 3-4 cawan kopi-O, barulah ada bukaan di antara awan-awan, dan membolehkan kami mencerap Bulan, Marikh dan Zuhal. Program tamat sekitar jam 2 pagi. Jutaan terima kasih yang tak terhingga ingin saya rakamkan kepada peserta yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat. Program ini tidak akan berjaya tanpa sumbangan anda semua! Berikut merupakan beberapa foto menarik yang telah dikongsikan bersama menerusi event page OneSky di Facebook. Sila terus ke page berkenaan untuk melihat lebih banyak foto yang menarik dari seluruh dunia! Foto-foto ini adalah kepunyaan empunya nama. Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Baitul Hilal Telok Kemang kerana sudi menganjurkan program #OneSky di fasiliti sana. ![]() Apabila hujan gerimis mula turun, teleskop-teleskop terpaksa dialihkan sementara waktu. Foto Kredit Tang Kai Hong ![]() Sambil menunggu awan beredar, kami menunjukkan beberapa perisian berguna untuk cerapan langit kepada pengunjung yang hadir. Foto Kredit Mei yen Yap ![]() Pemuda harapan Falak di Malaysia, Amirulazim dan rakan-rakan sedang siap sedia menerobos angkasa! Foto Kredit Tommy Lim ![]() Salah seorang peserta "Bengkel Kenali TeleskopKu", Tn Haji Sheikh Niza sedang memeriksa teleskop barunya! Foto Kredit Tommy Lim ![]() Teleskop bos FO yang berumur hampir 20 tahun, tetap dipaksa kembali bekerja pada malam #OneSky Foto Kredit: Tommy Lim ![]() Bos FO tertinggal "teropong buluh", tapi sekurang-kurangnya bawa juga "Meriam Buloh" yang berumur 20 tahun ni! Foto Kredit Tommy Lim ![]() Menjelang 10 malam, awan mula beralih tempat dan bulan pun mula menunjukkan rupanya yang comel. Foto Kredit: Tang Kai Hoe ![]() Walaupun teleskop kecil, namun ia tetap dapat menunjukkan pandangan yang amat menarik! Foto Kredit: Tang Kai Hoe ![]() Astrofoto pertama saudari Intan Suraya menerusi teleskop dengan hanya menggunakan cameraphone. Tahniah! Foto Kredit Intan Suraya ![]() Mahasiswa dari UTM mengambil peluang melihat menerusi teleskop gergasi 24″ Baitul Hilal Telok Kemang, Foto Kredit Muzamir ![]() Orang ramai yang berada di hotel Klana Beach Resort mula mengambil peluang mencuba-cuba pelbagai variasi teleskop yang ada pada malam tersebut. Foto Kredit Amirul Azim ![]() Kawasan hadapan Baitul Hilal Telok Kemang yang menjadi kawasan cerapan program #OneSky . Foto Kredit: Tang Kai Hoe ![]() Ustaz Shamsul dari Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan turut hadir menyumbang tenaga. Foto Kredit: Tommy Lim |
majlis perkahwinan <b>di teluk kemang</b>, port dickson - nazlieza canopy <b>...</b> Posted: 18 Mar 2014 01:08 AM PDT Aslmkum / Salam sejahtera jutaan terima kasih diucapkan kpd pasangan pengantin krn sudi memberikan kpercayaan kpd Nazlieza Catering dlm mjayakan hari bahagia anda. Terima kasih ♥♥♥ Bagi yang berminat boleh hubungi Pn.Lieza di : sms / wassup / wechat / line |
You are subscribed to email updates from di teluk kemang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan