ads

Isnin, 26 Mei 2014

05 di seremban - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

05 di seremban - Google Blog Search


Karnival Hijab Stailista <b>di Seremban</b> Plaza - Utusan Online

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

SEREMBAN 24 Mei - Seramai 5,000 pengunjung sekitar bandar ini dan beberapa kawasan berdekatan dijangka menghadiri Karnival Hijab Stailista di Seremban Plaza selama tiga hari bermula semalam sehingga Ahad.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri, Amir Rahmat memberitahu, program yang dianjurkan oleh bersama pihaknya dan Persatuan Premis Seremban Plaza bertujuan bagi mengetengahkan serta memperkukuhkan produk usahawan di pasaran sedia ada.

Menurut beliau, sebanyak 12 usahawan hijab akan mengambil bahagian dalam karnival ini selain turut mempelawa 16 peniaga lain untuk memeriahkan program ini.

"Kita memilih karnival ini memandangkan sudah ada kecenderungan dan permintaan terhadap hijab serta aksesori terutamanya kaum wanita dalam berfesyen.

"Selain dari itu kita mahu supaya orang ramai mengetahui bahawa Seremban Plaza ini merupakan lokasi terbaik bagi mendapatkan produk yang berkualiti," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, pelbagai acara sampingan juga turut diadakan bagi memeriahkan program antaranya ceramah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertandingan gubahan, pertandingan Cilik Popstar dan tutorial solek wajah.

Tidak ketinggalan pertandingan mewarna, forum perdana, sukan rakyat, autoshow serta penampilan istimewa artis tempatan Ebby Yus dan Man Raja Lawak.

"Program berkenaan akan dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Ketua Pengarah Mara Bahagian Usahawan, Salamah Hayati Ghazali yang mana beliau turut melancarkan produk-produk terbaru dari usahawan-usahawan Mara," katanya.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved