Rabu, 7 Mei 2014

05 di paroi - Google Blog Search

05 di paroi - Google Blog Search


Pasar Borong Fama Mula Operasi <b>Di Paroi</b> - Siakap Keli

Posted: 03 May 2014 02:11 AM PDT


SEREMBAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan memulakan operasi pasar borong di Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar), Paroi dekat ini, hari ini.
Pengarah Fama Negeri Sembilan A. Rahaman Suleiman berkata pembukaan pasar borong yang beroperasi mulai 5 pagi hingga 8 pagi itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memerangi orang tengah dan menawarkan harga yang lebih murah.
Diharapkan selepas ini para pekedai, peruncit, pengusaha kedai makan, institusi perkhidmatan makanan dan seumpamanya dapat menawarkan produk jualan yang lebih murah untuk pelanggan, katanya di sini hari ini.
Beliau berkata produk di pasar borong ini iaitu ikan laut dijual 50 peratus lebih murah daripada pasaran biasa, buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, ayam proses dan kelapa/santan kelapa juga dijual antara 5 hingga 20 peratus lebih murah.
Katanya pembukaan pasar borong di Pakar adalah bagi mempelbagaikan kluster jualan di situ sesuai dengan konsepnya yang mementingkan komuniti pengguna.
Selain itu, katanya Fama turut membuka pasar runcit dan pasar tani yang akan beroperasi setiap hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari.
"Pembukaan pasar runcit adalah sebagai komplimentari kepada pasar borong. Pasar runcit ini beroperasi setelah selesai waktu operasi pasar borong," katanya menambah pengguna diharap dapat mengambil peluang berbelanja dengan lebih di pasar berkenaan.
Katanya, pasar tani pula menawarkan harga berdasarkan program 'Jimat Belanja Dapur' yang diperkenalkan Fama melibatkan 32 komoditi. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads