Khamis, 29 Mei 2014

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search

05 di nilai negeri sembilan - Google Blog Search


Splash Park Tambah <b>Nilai</b> Pembangunan <b>Di</b> Port Dickson – MBNS

Posted: 19 May 2014 06:06 AM PDT

10300807_802469406430798_5289382789397970301_n

PORT DICKSON, 19 Mei – Palm Springs Development Sdn. Bhd., anak syarikat pemaju tersenarai Tanco Holdings Berhad, akan membangunkan sebuah resort dengan taman tema air dan pangsapuri yang diberi nama Splash Park diatas sebidang tanah seluas 23 ekar bersamaan 9.2 hektar yang terletak di Palm Springs Resort City, Port Dikson,

Projek taman tema air dengan nilai pembangunan kasar yang dianggarkan berjumlah RM600 juta ini merangkumi keseluruhan pelan pembangunan dengan hotel 250 bilik berserta kemudahan konvensyen untuk 2000 orang.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, projek ini merupakan nilai tambah pembangunan dikawasan Port Dickson dimana ia memberi impak yang besar kepada industri pelancongan, katanya sewaktu merasmikan majlis pecah tanah Splash Park disini, petang tadi.

"Kerajaan Negeri mengambil langkah lanjut dalam rancangan Malaysia ke 11 dengan usaha membina jaringan jalan-jalan perhubungan antara Lembah Klang ke Port Dickson dan KLIA ke Port Dickson.

"Ini merupakan hasil rundingan dengan dasar persetujuan Kerajaan Persekutuan dalam menjadikan Port Dickson sebagai tempat tumpuan pengunjung setiap masa selepas diisytiharkan sebagai sebuah bandar tentera darat secara rasmi," tambahnya lagi.

Menteri Besar turut menjelaskan bahawa industri pelancongan akan diberi penekanan dengan sasaran 36 juta orang datang melawat ke Port Dickson menjelang tahun 2020.

Inisiatif rundingan bersama Kerajaan Persekutuan dalam membuka kawasan baru yang dipanggil sebagai Segi Tiga Emas ketika ini juga bakal memberikan kemudahan dan faedah berdasarkan pelan tindakan pembangunan yang besar dibawah satu perbadanan yang bakal dibentuk.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB. Haji Tun Hairudin Bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, YBhg. Haji Ab. Khalid Bin Mat, Pengarah Urusan Kumpulan Tanco, YBhg. Datuk Seri Tony Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan Tanco, YBhg. Datuk Seri Tan Jing Nam dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Tanco, YBhg. Dato' Dr. Mohd. Noordin bin Haji Keling.

Oleh: Khairul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads