Isnin, 5 Mei 2014

05 di gemencheh - Google Blog Search

05 di gemencheh - Google Blog Search


ISMA NS lancar konvoi bantuan mangsa banjir <b>di Gemas</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2011 06:26 AM PST

Sebagai tanda keprihatinan dan bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana banjir baru-baru ini khususnya di Negeri Sembilan, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Negeri Sembilan akan melancarkan konvoi bantuan mangsa banjir di Gemas. Aktiviti-aktiviti kebajikan yang akan dilaksanakan termasuk membersihkan kawasan-kawasan yang terlibat dan memberi bantuan bekalan yang diperlukan.

Konvoi mula berkumpul di Masjid Kariah Pantai pada Jumaat malam (4 Februari) dan akan bertolak ke Gemas pada Sabtu pagi (5 Februari), selepas solat Subuh. Orang ramai yang berminat untuk turut serta, boleh menghubungi penyelaras konvoi, Encik Zakri bin Mohd Zain (019-6627537) untuk mendaftarkan nama.

Menurut maklumat terkini yang diperolehi, lebih kurang 500 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SMK Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas. Bantuan yang diperlukan ialah pakaian, tikar dan dapur memasak. Orang ramai yang berminat untuk memberi sumbangan boleh menghubungi Ketua Wanita ISMA Seremban, Dr Zainon bt Yahya (019-2339566) atau Setiausaha ISMA Seremban, Encik Omar bin Kassim (019-6699630).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads