ads

Jumaat, 11 April 2014

di negeri sembilan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sembilan - Google Blog Search


Catuan Air <b>Di Negeri Sembilan</b> Dah Bemula | Puteri Kasih

Posted: 19 Feb 2014 04:00 PM PST

Nampaknya Negeri Sembilan menjadi negeri yang pertama melaksanakan catuan air. Musim kemarau yang melanda kebanyakkan negeri di Semananjung Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu telah menyebabkan beberapa empangan mengalami kekurangan air di tahap yang agak kritikal.

catuan air

Jika tidak melakukan catuan air sekarang, pastinya paras air di empangan akan menurun ke paras yang lebih kritikal. Catuan air ini melibatkan 7000 pengguna di kawasan Sendayan, Mambau dan Rasah. Untuk maklumat lanjut boleh baca kat SINI.

Nampaknya kawasan rumah puteri turut terlibat dengan catuan air ni. Alahai lepas ni kenalah tadah air lebih sikit. Kalau nak harapkan lori tangki bawa air, kadang-kadang belum sampai rumah puteri air dah habis.

Terpaksalah berjimat gunakan air. Makan guna daun pisang je lah kan. Boleh jimat air basuh pinggan. Anak-anak bulus kat rumah pasti suka hati, diorang semua memang tak suka mandi.

Mudah-mudahan dalam sehari dua ni hujan akan turun dengan lebat dan mengisi semula air dalam empangan-empangan air yang semakin kritikal. Sama-sama kita doakan ye.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BlOG NEGERI SEMBILAN

Copyright 2010 All Rights Reserved