Isnin, 14 April 2014

05 di seremban - Google Blog Search

05 di seremban - Google Blog Search


PEMBINA bakal ditubuhkan <b>di</b> UiTM <b>Seremban</b> 3 - PEMBINA

Posted: 15 Mar 2014 08:05 PM PDT

By on March 16, 2014

SEREMBAN, 15 Mac- Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bakal ditubuhkan di UiTM kampus Seremban 3, berikutan pertemuan singkat wakil (PEMBINA) UiTM Shah Alam dengan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM kampus Seremban.

Menurut saudari Nur Nazura Salim pertemuan ini merupakan satu permulaan bagi penubuhan PEMBINA di kampus baru ini, memandangkan ramai ahli PEMBINA dari UiTM Shah Alam telah berpindah ke sini.

"Kita melihat satu kepentingan untuk menubuhkan PEMBINA di sini (kampus Seremban 3) memandangkan ramai ahli pembina yang telah berdaftar, jadi kita mahu ahli PEMBINA terus mendapat manfaat dari program yang di anjurkan", ujarnya yang merupakan Naib Presiden PEMBINA UiTM Shah Alam.

Manakala Saudari Faizah Hanim Zainuddin turut menyambut baik penubuhan PEMBINA di kampus tersebut. "Penubuhan PEMBINA di sini merupakan satu langkah yang baik yang mana pelajar boleh bergiat aktif dalam persatuan", katanya yang merupakan wakil MPP dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP).

Pada pertemuan selama dua jam tersebut, turut membawa wakil PEMBINA melawat kawasan sekitar kampus.

Kampus yang memulakan operasinyapada tahun ini boleh memuatkan 5000 pelajar ijazah dan diploma yang menempatkan tiga buah fakulti, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), FSPPP dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads