Sabtu, 12 April 2014

05 di port dickson - Google Blog Search

05 di port dickson - Google Blog Search


PNB ILHAM RESORT | RESORT BEST <b>DI PORT DICKSON</b> ~ Qaseh <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2014 08:35 PM PDT



PNB ILHAM RESORT | HOTEL BAGUS DI PORT DICKSON | REVIEW HOTEL , bila melangkah di suatu tempat percutian semestinya penginapan paling penting , kali ni qaseh berada di Port Dickson , wahhhh katanya PD banyak tempat-tempat yang menarik , tapi tak tahu pulak mana nak menginap ? cari hotel mahupun resort yang bagus ? sememangnya PNB ILHAM RESORT salah satu penginapan yang terbaik dari segi kemudahan , landskap dan juga aktiviti yang ada di sini , tengok lah , cantik kan tempat ni , qaseh pun teruja bila pertama kali datang kat sini , even tempat ni agak terpencil tapi bagi satu ketenangan.. Program Sahabat Media kali ni memang memberi pengalaman yang sgt menarik buat qaseh , terima kasih #santaitravel tapi apa yg best ? haaa meh qaseh cerita.. baca smpai abis tau ~
kat sini terdapat sebanyak 65 unit apartment dan bilik hotel , kemudahan pulak memang tip top , tip top kat sini bukan la melebihi 5 bintang tapi cukup lengkap , korang nak apa ? tv , pengering rambut , seterika , aircond , bilik air , bilik yang selesa dan besar ? haaa semua ada , eh radio pun ada, peti ais dll.. 
satu benda yang menarik qaseh kat sini adalah pantai , sebab pantai adalah tempat feveret qaseh ! dan resort ni terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan  (Cape Rachado) , so sempat jugak kami jenguk-jenguk rumah api tu dengan menaiki kaki sendiri je , pergh jungle trekking beb ,  pemandangan kat situ memang cantik . terjojol bijik mata qaseh haaa , rasa  nak je lepak situ lama2 tapi ada je halangan , eh eh kena tinggal kan menangis pulak !
Oh ye , PNB ILHAM RESORT ni selalu menjadi tumpuan oleh syarikat-syarikat besar yg menjadikan resort ni sebagai tempat teambuilding , mana taknya kat sini memang banyak aktiviti-aktiviti menarik , contohnya abseiling , jungle trekking , rope course , water rifting , snorkelling dan banyak lg , jap lagi qaseh cite ye , jom tengok kemudahan di apartment yang terdapat kat sini , jom tengok bilik qaseh yang cantik 
melompat kegirangan bila bilik kami berhadapan dengan kolam renang ,hohoho trip kali ni qaseh se apartment dengan izzati ghafur , hasya naurah , dan dua lagi setudent 
ada 3 buah bilik , dan setiap bilik mempunyai 2 katil , so boleh muat 2 orang 


hari tu aktiviti2 memasak kat apartment memang tidak disediakan , eh nak bercuti kan , masak2 kat rumah je uols , makan kat resort ni , semua masakan ade , berbaloi-baloi 

 bantal golek besar gedabak pun di sediakan , haa jangan nak bawak bantal golek dr rumah haha peluk je yg ni smpai lebam 
Dah habis cerita pasal bilik , jom kita bersantap pula ,  Anjung adalah lobi resort ni , dan tempat untuk kita bersantap adalah di Serambi Coffee House berdekatan dengan lobi resort , suasana di Serambi Coffee House berlatarkan klasik campur moden , nak makan pun lagi selera .. di buka pada 7a.m - 11p.m
antara makanan yang qaseh sempat tangkap , yang lain dah masuk mulut , gearbox kari kambing pun hadoo , sedap semuanya .. 
Aktiviti-aktiviti yang ada kat sini memang agak mencabar bagi yang xde keberanian macam qaseh , haaa abseiling dari ketinggian 10 tingkat bangunan , iaitu 108 kaki , cuak weh ! rope course , water rifting dan jungle trekking , team building telah di lakukan pada hari trsebut , jom layan gambar .. memang seronok ! 



abseiling , bukan calang-calang boleh buat ni haaa , ececeh bangga diri jap padahal cuak nak mampus haha


Hutan Rekreasi Taman Tuan utk jungle trekking
muka sebelum kepenatan , gembira la yee
 takkan dah penat kot abam haha , pancit yeee
tetiba ada perigi di dalam hutan ni , aiyokkk
ni pulak adalah perigi belanda 
yeyyy sampai sudah , berehat rehat kat pantai sekejap  
 sambung perjalanan ke rumah api , cantik 




 TEAM BUILDING ZONE , ROPE COURSE 
letih jungle trekking belum hilang , kena join aktiviti ni pulak , eh eh kata lasak kan ? haha layankan aje .. seronok jugak , memang lepas tu sakit2 badan la oihh


rope course ok sikit dari abseiling , ketinggian pun sedang2 saja 
 teambuilding , main rumah tupai haha , kena cari rumah , kena pindah2 la ape la , kelakar siot
sahabat media , enjoy with uols ! muahhh


  dengar arahan sebelum aktiviti bermula , masing-masing di beri tugas dan di berikan kepada dua kumpulan , kena buat rakit sendiri , kena berlumba antara dua kumpulan , lenguh gila kot kayuh benda alah ni , pastu tak bergerak pulak huh memang kalah lah haha , tapi seronok ! 
main ngan monyet ni je tak lenguh haha , comel gila siap pakai pampers lagi , akhirnya berakhir sudah aktiviti kami , penat tu sangat penat tapi pengalaman tu menang sgt menyeronokkan ..
DEMO MASAKAN SECARA LIVE 
alhamdulillah berkesempatan melihat  chef  buat demo masakan , terbaik la chef , btw semua masakan kat resort ni memang sedap 
 ye tuan2 dan puan2 , tengok dan buat nantii boleh masak utk suami trcinta 


rendang burung puyuh ... 
Kalau nak di ceritakan memang banyak lagi lah ~ tapi tak best lah kan kalau tak rasai sendiri haaa so apa tunggu lagi , bungkus la kain baju , menginap kat sini semalam dua , seminggu dua dan rasa sendiri suasana dan kemudahan di sini , memang terbaik ... harga pulak macamana ye ? nah tengok je gambar kat bawah ni 
Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
berbanyak terima kasih buat santai travel , sahabat media , tourism dan semestinya pnb ilham resort .




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads